2 Syawal

20 Nov

Sesudah Subuh aku sudah mula bekerja sendirian di dapur, mempersiapkan bahan-bahan untuk mengukus nasi lemak sebagai hidangan pagi raya yang ke-2 hari itu. Cadangnya aku mahu cepat siap untuk mudahkan urusan yang lain pula. Lauk-pauknya aku mahu bungkus sebagai bekal apabila aku kembali bertugas menemankan Mummy di wad nanti. Jujur, sedikit pun aku tidak merasa terbeban dengan tugas itu malah aku rasa sangat bahagia walaupun aku tak pernah zahirkan dengan lafaz kata-kata. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk aku persiapkan makan kami sekeluarga dan memastikan Abah makan pagi dengan sekenyangnya. Aku tengok Abah sangat berselera dengan kuzi yang dicicah roti, walaupun lebihan semalam. Aku tahu, Abah rindu nak jamah masakan Mummy. Makan pun bertambah pinggannya.

Rancangan pada hari raya ke-2 itu adalah untuk kami bersama-sama pergi berkumpul dan beraya beramai-ramai dengan sanak saudara di Bagan Lalang, bila siap Zohor mau berangkat ke Hospital Serdang pula. Kami fikirkan itulah yang sebaiknya untuk kami berlama-lama memandangkan urusan ziarah kami selesaikan terdahulu. Kalau tak silap, Kak La akan pulang dari Janda Baik manakala Jang akan bergerak pulang ke Kota Bharu untuk beraya dengan keluarga mertuanya pula.

Aku mulai sibuk menyiapkan beg pakaian dan juga menyiapkan bekalan makanan. Kali ini aku siapkan pakaian untuk seminggu, berat rasanya kali ini untuk aku tinggalkan Mummy lagi. Aku tanyakan pada Kak Ta, jam berapa kami harus bergerak? Kak Ta jawab tunggu que daripada Kak Da yang baru saja ke hospital setelah menerima panggilan daripada doktor. Walaupun nada Kak Ta tidak berapa menunjukkan ia situasi yang serius, tapi entah mengapa aku mulai rasa tidak senang. Budak-budak sudah mula bersiap-siap, begitu juga dengan Abah.

Lebih kurang jam 12:00 tengahari, Kak Da menelefon untuk meminta kami datang ke hospital. Tanpa banyak soal, kami terus bergerak ke hospital. Sepanjang perjalanan pun kami banyak mendiamkan diri, masing-masing seolah sibuk melayan perasaan sendiri. Hati aku berdebar-debar, sambil aku berzikir dalam hati memohon dijauhkan daripada sangkaan yang buruk-buruk dan semoga Allah berikan segala kekuatan. Apa saja keadaan atau berita yang perlu kami dengar nanti, kami harus hadapinya dengan berani dan setabah hati.

Sampai saja di kawasan lobi hospital, kami cepat-cepat berjalan ke arah lif menuju ke tingkat 6 iaitu wad Mummy. Setiap detik menunggu itu dirasakan sangat lambat, aku mahu cepat bertemu Mummy. Beg baju untuk seminggu sudah siap, bekalan makanan juga sudah disiapsediakan. Aku sudah tidak kira berapa lama pun aku harus berkampung di wad untuk Mummy. Demi Mummy.

………………………………

And there she was. Terbaring lesu. Dengan mesin yang selalu sangat aku lihat pada adegan-adegan drama Melayu. Yang menunjukkan keadaan kritikal. Dengan tiub yang disalur ke hidung Mummy. Sumpah kami tinggalkan Mummy semalam dalam keadaan yang cukup sempurna, mana datangnya tiub itu?! Sumpah kami tinggalkan Mummy semalam dalam keadaan beliau yang cukup bahagia, tapi mana senyumannya sekarang? Aku tidak tahu apakah Mummy sedang tidur atau kembali tidak sedar ketika itu. Aku tinggalkan Mummy semalam dengan lambaian, dengan janji aku akan datang kembali untuk menemankan tapi sekarang aku datang tanpa sambutan pun.

……………………………….

Kak Da menghampiri kami dan memaklumkan apa yang telah diberitahu oleh doktor sebentar tadi. Ketika kami masih dalam perjalanan. Mereka dapati bacaan darah Mummy sudah turun, manakala urat-urat Mummy sangat fragile untuk disuntik lagi, sudahlah sukar untuk mengesannya. Darah Mummy juga cair, jadi sangat berisiko untuk mereka suntik dan hanya bergantung pada 1 saja pada saluran dripnya. Dalam erti kata lain, we only have hope and prayers sahaja. Doa agar Mummy mampu bertahan selama mungkin…. Pada hujung ayat itu Kak Da sudah sebak. Aku kerling pada Kak Ta, matanya juga sudah bergenang. Abah sudah berdiri di sebelah kepala Mummy, hanya merenung. Aku tertunduk, cuba untuk mencerna kembali ayat-ayat yang baru disampaikan pada kami tadi untuk aku fahamkan sebaiknya. Sememangnya aku sudah faham, terlalu faham tapi aku masih dalam penafian. Satu suara kecil yang datang dari sudut paling dalam seolah-olah terngiang pada pendengaran aku, dengan airmata yang mulai bergenang menjadi tasik di sudut mata aku memandang kembali ke arah Mummy untuk aku iyakan apa yang sedang bermain-main di benak fikiran aku ketika itu. Yang Mummy ketika itu sudah dihampiri oleh sakaratul maut….

Allahu Allah!

…………………………………

Aku hilang kata-kata ketika itu. Kaki terasa longlai, tangan aku bertongkat pada hujung katil Mummy. Aku lihat Kak Ta keluar dari kawasan tabir katil lalu menuju ke kawasan belakang berdekatan tangga kecemasan. Ketika itu aku baru perasan bateri telefon pula makin kurang jadi aku mengekor Kak Ta mencari plugpoint di kawasan tersebut. Perkara pertama ialah untuk menghantar sms pada Jang, dengan harapan dia sudah selamat sampai di Kota Bharu ketika itu. Takut juga kalau-kalau mesej sampai tapi Jang masih lagi memandu. Aku cuma khabarkan kalau dia bersedia, minta untuk hubungi aku segera. Ketika itu jugalah aku terdengar Kak Ta yang tersedu,rupanya dia sedang menangis di talian bercakap dengan Abg. Zul suaminya. Knowing Kak Ta yang berhati kering selama ini, untuk melihat dia di dalam keadaan sedemikian sudah cukup menggambarkan bagaimana pedihnya perasaan kami semua dengan keadaan terkini Mummy.

Kemudian kami kembali menemankan Mummy di tepi katil. Aku hulurkan iPad pada Kak Ta, aku katakan inilah masanya untuk kita bacakan Yassin untuk Mummy. Untuk mengakui keadaan itu bukanlah perkara yang mudah, kerana Mummy selama ini tidak pernah sakit kuat pun. Setakat demam biasa saja tapi sekarang…kami anak-anak yang perlu kuatkan hati untuk bacakan Yassin pula.

Ketika itu aku rasa tersangat ralat kerana keadaan aku yang uzur, yang menghalang aku daripada menyebut ayat-ayat suci. Tanpa disedari ketika itu jugalah aku merungut di facebook akan keadaan aku, dan mujurlah ada sahabat yang prihatin yang ingatkan aku boleh perdengarkan ayat suci di telinga Mummy melalui mp3 atau sebagainya.

Kak Ta menghampiri Mummy, dan dengan suara yang perlahan tapi cukup untuk Mummy dengar walaupun tersekat-sekat dek perasaan sedih dan sebak itu dia tetap gagahkan juga membacakan Yassin. Aku perasan ketika itu jugalah Mummy membuka mata, dan memandang pada Kak Ta. Lama.

“…kenapa baca Yassin? Mummy ok…Mummy sihat…”

“Takpelah Mummy…kita baca sama-sama biar Mummy lagi cepat sihat ya?”

Mummy angguk perlahan. Kak Ta mengumpul kekuatan kembali untuk sambung bacaan Yassin. Demi Allah ketika itu mahu saja aku meraung, aku tak sanggup melihat keadaan ini semua. Aku tidak kuat untuk menerima ini, aku tidak kuat untuk terima Mummy sudah nazak.

Aku tidak kuat untuk terima Mummy akan tinggalkan kami…..

………………………………….

Kak La akhirnya sampai dari Janda Baik. Seingat aku 2-3 hari jugalah dia tinggalkan Mummy, dan tidak sempat untuk melihat sendiri betapa Mummy sangat ok pada raya pertama semalam. Hanya tahu melalui telefon saja dengan kami semua. Dalam ramai-ramai anak, Kak La yang paling manja dan tidak segan silu mempamerkan kemanjaannya dengan Mummy, jadi sudah tentulah pada ketika itu dia sangat tidak bersedia untuk melihat keadaan Mummy begitu. Dipeluknya Mummy kuat-kuat tapi Kak Da cepat-cepat menegurnya, bimbang kalau tiba-tiba Kak La hilang kawalan lalu meratap hiba. Kami seboleh-bolehnya tidak mahu buat Mummy sedih dengan tangisan kami, walau itu adalah satu perkara yang sangat sukar untuk kami lakukan. Kalau airmata mengalir pun, cepat-cepat kami sapu dan keringkan dan selalu menahannya dengan senyuman bila di hadapan Mummy. Tapi kalau perasaan sebak dan airmata itu tidak tertahan, kami akan undur diri dan menangis di tepi sudut. Menangis semahu-mahunya…

Ketika aku sedang duduk di satu sudut tempat katil-katil lebih disimpan, Kak Ta datang setelah tamat bacaannya. Kak La pula yang bergilir ambil giliran bacakan Yassin. Pada masa itulah Kak Ta ceritakan pada aku, bila sampai ayat bacaan yang ke-58 iaitu “salamun qau lam…..” Kak Ta perasan Mummy tiba-tiba merenung padanya lama, tanpa sepatah kata pun. Kak Ta cakap maksud ayat itu (mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihi. Mendengarkan itu pun aku kembali sebak dan mengalir airmata. Tuhan sudah merindui hambaNya, Mummy juga merindui Tuhannya….

…..kami juga sudah mulai merindui Mummy…..

Aku berjaya juga bercakap dengan Jang. Rupanya dia agak lewat bertolak pulang, ketika itu baru saja sampai di Merapoh berhampiran sempadan dengan Gua Musang. Dengan hati-hati aku sampaikan berita mengenai Mummy. Aku mohon pertimbangan sewajarnya untuk dia berpatah balik, dikhuatiri sekiranya apa- apa yang berlaku ke atas Mummy kemudian tidaklah dia merasa bersalah sampai mati. Dan aku juga ingatkan, tidak perlu kalut atau tergopoh-gapah. Mohon perlindunganNya untuk kembali sampai ke sisi Mummy dengan selamat. Tidak lama kemudian aku dapat pengesahan Jang akan berpatah balik dari Merapoh serta Abang Man sudah mula mencari mana-mana penerbangan hari itu juga. Kami adik-beradik perlu berkumpul demi Mummy ketika itu.

Menjelang petang, Mummy menerima lagi ziarah daripada Kak Yah dan Pak Abu. Ketika itu Mummy masih lagi sedar, tapi sudah mula cakap merapu kadang-kala. Aku beritahu Mummy siapa yang datang, tapi aku tidak pasti adakah Mummy masih ingat ataupun tidak.

“Mummy sihat, syukur alhamdulillah…”

Aku hanya mampu tersenyum, dan mengangguk perlahan.

“…yea, Mummy sihat tapi kita semua nak Mummy lagi sihat dan kuat. Mummy nak balik kan?” Mummy angguk- angguk kepala, seperti anak kecil mendapat aiskrim.

Kemudian aku pasangkan app Yassin daripada iPad untuk diperdengarkan pada Mummy.

“….kenapa tak baca sendiri?….”

“…Nuri tak boleh baca…”

“….semua anak Mummy boleh mengaji kan? Mummy tau anak semua boleh baca…”

“…bukan, bukan macam tu. Nuri uzur, datang haid. Tak boleh mengaji….”

Ya Allah…ampunkanlah dosa-dosaku pada ibuku yang hampa kerana tidak dapat mendengar aku membacakan ayat-ayat suciMu ya Allah…ketika pada saatnya dia begitu mengharapkan setiap daripada kami anak-anaknya untuk berbakti padanya. Ampunkan dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa aku Ya Allah, Kau Maha Mengampuni…

…………………………………

Menjelang Isyak, Jang telah selamat sampai di Hospital Serdang. Dia naik ke wad bersendirian, tapi daripada jauh aku nampak airmukanya yang bimbang ketika dia sedang berjalan laju menuju ke arah katil Mummy. Ini seorang lagi anak manja Mummy, satu-satunya anak yang dikabulkan doa Mummy untuk dihantar belajar ilmu di sekolah aliran agama kerana cita-cita Mummy untuk melihat salah seorang anaknya tahu ilmu hukum hakam agama. Anak yang selalu berlemah-lembut dengan Mummy, anak yang selalu menemankan Mummy sepanjang masa setiapkali pulang ke tanah kelahiran.

“Mummy! Mummy! Jang dah sampai! Jang dah sampai! Jang minta maaf Mummy! Jang takkan tinggal Mummy dah, jang ada sini! Jang ada nih Mummy!….”

Dan Abg. Man selamat sampai di Hospital Serdang lebih kurang 12:30 malam, dengan penerbangan Air Asia. Dia bersendirian tanpa anak isteri, tapi ketika itu keutamaannya hanyalah pada Mummy, untuk bersama Mummy selama mana yang diizinkan Allah Taala. Aku cukup-cukup bersyukur kerana kami semua dapat berkumpul disamping Mummy untuk menemankannya selagi boleh. Ketika itu Mummy sudah tidak sedarkan diri, sudah dipakaikan topeng pernafasan. Beliau mungkin tidak sedar, tetapi masih lagi mampu mendengar dengan jelas suara-suara anak-anaknya. Kami bergilir-gilir untuk temankan Mummy dengan bacaan ayat-ayat suci, serta kalimah syahadah dibisikkan ke telinga Mummy.

….Mummy, Nuri temankan Mummy pulak deh? Mummy ikut Nuri dalam hati ya? Mummy ikut saja kita baca sama-sama…”

Laa ila ha illallah Muhammadun Rasulallah

Kalau dulu aku biasa dengar Mummy alunkan syahadah untuk mendodoi setiap cucunya hingga lena, aku tau Mummy juga lakukan hal yang sama ketika kami semua anaknya masih bayi.

Kali ini aku pula yang tenangkan Mummy dengan kalimah Allah….

1 Syawal

19 Nov

Pagi 1 Syawal….

Terjaga dengan perasaan yang bercampur. Waktu Subuh pada pagi Syawal yang sangat hening. Fikiran agak bingung kerana untuk pertama kalinya menyambut Syawal TIDAK di Kota Bharu. Pantas saja kenangan lalu mengusik; selalunya rutin menjelang raya ialah tolong Mummy sediakan bahan kuzi, gosok baju raya ahli keluarga berpuluh helai baju dan berkemas rumah. Riuh dan kecoh. Tapi pada pagi itu semuanya lain. Tiada lagi riuh rendah suara-suara kami mengejutkan satu sama lain, tiada lagi bau dapur yang harum kerana Mummy panaskan lauk untuk kami alas perut sebelum ke masjid, dan aku tidak terbangun dari katil aku sendiri seperti di rumah Kota Bharu. Yang paling sayu, tiada suara Mummy yang datang mengejutkan aku bangun Subuh dan bising berleter supaya aku segera mandi sunat dan bersiap ke masjid…

Aku turun ke dapur dan melakukan perkara yang sudah sebati dalam hidup setiap kali raya; mengalas perut dahulu sebelum bersiap ke masjid. Sambil mulut mengunyah roti bercicah kuzi ayam hasil tangan sendiri, hati sudah hiba mata sudah bergenang. Kasihan dapur Mummy di rumahnya, tentu sunyi tanpa kami semua tahun ini. Sunyi dan sepi sekali tentunya di sana…sambil mulut bersuap, hati melirih sayu lagi. Baru saja raya tahun lepas Mummy bersungut keletihan untuk memasak sediakan juadah raya. Mummy sudah nyatakan untuk tahun ini, dia mau rehat saja dan rasa air tangan anak-anak pula. Sesungguhnya kata-kata ibu ini sememangnya doa. Doa Mummy sememangnya dimakbulkan…tahun ini tanpa diduga keadaan seperti ini yang harus kami jalani, dan siapa sangka rupanya aku yang galas tanggungjawab menyediakan juadah wajib kegemaran Mummy dan ahli keluarga sekalian. Tapi sayang, Mummy tak berkesempatan untuk merasai masakan aku kerana keadaan dan terlantar di hospital sendirian…aku berniat sekiranya Mummy sedar dan sudah dibenarkan makan seperti biasa, aku mau masakkan lagi untuk gembirakan hati Mummy sempena Syawal tahun ini.

Ketika solat raya di Masjid Negeri, Shah Alam pun aku sedaya upaya tahan sebak. Tahun ini kami tidak lagi berkesempatan solat berjemaah bersama-sama. Kalau tidak kami semua terpaksa berkejar membontoti Mummy yang laju berjalan ke Masjid Al Naim yang berhampiran rumah kami di Kota Bharu. Duduk sebaris kami anak-beranak, dan masih segar terbayang manisnya senyuman Mummy ketika memperkenalkan kami adik beradik kepada makcik-makcik teman kuliah agamanya yang lain. Ya Allah…rindunya aku bila kami selesai berjemaah, masing-masing berdakap dengan Mummy dan di antara satu sama lain, memohon ampun dan maaf dan mengucapkan selamat atas hari kemenangan umat Islam ini. Tapi tahun ini, hanya ada Kak Ta dan anak saudaraku yang ada di sampingku. Kak Da solat di Bandar Baru Bangi, Kak La pulang beraya dengan keluarga mertua dan Kak Ani di Setiawangsa.

Kami bersiap-siap dengan semangatnya untuk melawat Mummy di hospital pula, mengejar waktu melawat pada jam 12:00 tengahari. Hati kecil aku ada terdetik, kalau-kalau aku patut bawakan saja bekal baju seandainya Mummy sudah terjaga, dan sekiranya keadaan makin stabil jadi akan dipindahkan ke wad biasa maka aku boleh temankan Mummy di wad. Entah kenapa aku tidak turutkan gerak hati itu, sebaliknya terus bergegas untuk ke hospital. Besar harapan untuk melihat Mummy terjaga supaya aku boleh memberitahu dengan bangganya bahawa aku sudah boleh masak juadah raya sekarang. Aku mahu Mummy tahu, aku boleh buat dan tidak hampakan Mummy lagi…

Kami sampai di perkarangan wad HDW lebih kurang waktu melawat, dan sebahagian besar adik-beradikku telah berada di situ. Kecuali keluarga Abang Man dan Kak La kerana beraya dengan keluarga mertua masing-masing. Aku dapat tahu Mummy dah sedar, dan menurut Kak Da Mummy ok, siap bergaduh dengan Abah pun! Syukur Alhamdulillah…berita itulah yang sangat ditunggukan dan rasa sangat bermakna pada kami semua. Cuma waktu itu kami masih lagi menunggu update daripada pihak hospital bila agaknya Mummy boleh dipindahkan ke wad biasa, supaya senang untuk kami berulang-alik menjaga Mummy.

Ketika itu, kami semua menunggu giliran untuk masuk ke wad rapi tersebut untuk melawat Mummy. Seperti biasa, aku biarkan dulu kakak-kakak dan abangku untuk mendahului aku bertemu Mummy. Dan bila sampainya pass pelawat bertukar tangan dan diserahkan pada aku, aku berjalan masuk dan cuba kawal diri untuk bertenang.

Dari jauh lagi aku nampak Mummy, yang sudah tersandar di katil dan matanya yang sudah terarah pada aku. Aku berjalan menuju ke katil Mummy dan makin menghampiri, dan aku lihat Mummy makin tersenyum bila aku makin sampai. Tiada lagi tiub di muka Mummy, dia sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan.

“Buat kuzi ya?” Mummy bertanya dalam senyuman. Aku angguk, dan tahulah aku kakak-kakak aku yang telah sampaikan pada Mummy.

“Macam tulah, kan dah boleh buat…” Mummy sambung lagi. Suara Mummy perlahan, tapi masih tetap gagahkan diri untuk bercakap juga. Aku tahu Mummy keletihan, tapi aku juga tahu Mummy kuatkan diri untuk berkata-kata juga, untuk sampaikan sendiri yang dia bangga dengan aku.

Aku dakap Mummy. Lama. Aku ucapkan selamat hari raya lalu aku kucup kedua-dua tangan Mummy, mohon diampunkan segala khilaf dan dosa aku terhadapnya. Alangkah bezanya Syawal kami sekali ini, lazimnya kami berpeluk sesama sendiri di dalam telekung dalam suasana meriah di dalam masjid tapi tahun ini hanya di dalam wad. Dan tangan Mummy dingin seperti salju. Tangan yang membesarkan aku, mendidik aku, menyuapkan makan aku, membelai aku, memeluk aku, membersihkan aku, menyapu airmata aku kini hanya longlai dipenuhi tiub berselirat.

Ketika itu aku lihat petugas-petugas wad seperti sedang sibuk di sekeliling katil Mummy. Aku dimaklumkan Mummy disahkan stabil, jadi mereka akan pindahkan ke wad biasa untuk pemantauan seterusnya. Maka aku tidak dapat berlama di situ, jadi aku keluar dulu dan maklumkan berita gembira tersebut pada mereka yang menunggu di luar. Kami sama-sama tunggu katil Mummy ditolak keluar untuk diiringi menuju ke wad 6B. Katil Mummy diiringi kami beramai-ramai dari wad HDW, menaiki lif pesakit bersama-sama kerana kami tidak mahu tinggalkan Mummy hinggalah Mummy ditempatkan di katil 19. Sekali lagi doktor maklumkan, Mummy akan diletakkan di bawah pemerhatian khusus sebelum ditempatkan ke wad kelas pertama kerana keadaan Mummy masih lagi lemah kesan daripada pembedahan tempohari.

Penyudahnya kami anak cucu beraya saja di dalam wad 6B tersebut, menemankan Mummy yang kelihatan sangat gembira dikelilingi anak cucunya. Ada-ada saja usikan pada Mummy yang berhasil membuatnya tersenyum dan ketawa. Tidak lama kemudian sampailah keluarga Kak Mah dari Bagan Lalang menziarahi Mummy yang ceria melihat mereka. Kami juga diberitahu saudara jauh dari Tapah juga sedang dalam perjalanan untuk menemui Mummy, jadi kami mahu beri ruang selesa untuk kaum kerabat datang melawat maka kami mohon izin berundur diri pada Mummy, untuk pergi beraya dengan kaum keluarga sanak saudara lain di PJ dan sekitar KL. Kami bawa Abah bersama agar beliau tidak sendirian, sekurang-kurangnya Abah boleh bertukar angin sebentar.

“Nanti siapa yang akan datang teman Mummy malam ini?”

Abah bertanya, dan kami hanya memandang satu sama lain. Aku yang terasa, kerana aku sudah terlintas untuk temankan Mummy tapi entah mengapa tidak pula aku kemaskan bekal baju untuk bersedia dengan keadaan ini. Tapi aku sedapkan hati sendiri, kalau sempat malam nanti aku akan datang untuk temankan.

“Tak apa, pergi beraya sajalah. Sampaikan salam pada mereka semua. Mummy ok. Saudara ramai yang nak datang tengok Mummy nanti jugak kan? Pergilah beraya, jangan bimbang pasal Mummy”

Berbekalkan jaminan oleh Mummy sendiri, kami beransur pergi meninggalkan hospital. Telah aku niatkan, kalau tidak sempat untuk aku datang kembali pada malamnya, semestinya aku akan berkemas apa yang perlu untuk aku sambung semula tugas bermalam dan berjaga di hospital seperti dulu, bermula keesokan harinya. Lalu kami bergilir temui Mummy untuk berpeluk tanda perpisahan sementara.

Sebelum aku melangkah pergi, aku sempat berpaling dan perhatikan Mummy. She looked fine and happy, dan saudara kami juga masih lagi bersamanya ketika itu. Aku berbalas lambaian dengan Mummy dan aku ucapkan selamat tinggal, dengan janji akan datang lagi.
.
.
.
.
.
.
.
……….. Not knowing that was our last goodbye. Verbally. That was the last time I saw her in that condition. I was no longer able to wave at her then…

Image

Apam Dewa ~ Misi Zah’s Fave ;)

16 Nov

20121116-162804.jpg

It’s been a very long time tak update resipi kan? Tapi resepi yang saya cuba kebelakangan ini agak leceh, tetau petang ini dalam malas dan mengantuk terasa nak makan sesuatu pulak untuk minum petang. Jadi teringat kat menu petang yang agak popular masa kecil dulu, Misi Zah selalu buat nih. Nama standardnya Apam Dewa, tapi ore Kelate ada panggil ‘Apong’ ada panggil ‘Ambong’. Saya cuba saja sambil belek buku resepi peninggalan tapi ada sesetengah bahan saya terpaksa rujuk google untuk pastikan bahannya.

Dan seperti biasa, hanya resepi yang mudah,simple dan dijamin kesedapannya yang akan saya kongsikan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

5 biji telur (saiz tak tau cakap,tapi saya pakai Seri Murni)
1 cawan gula pasir
1 cawan 1/2 tepung gandum (diayak)
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna makanan kesukaan
Serbuk penaik (kalau suka)

Cara membuat:

Pukul kesemua telur bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Setelah sebati,masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga betul-betul mesra.

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut jumlah warna yang diinginkan) tapi saya seorang yang oldschool jadi saya ikut cara Misi Zah saja. Saya cuma bahagikan pada 2 di mana saya warnakan 1 adunan merah jambu, dan 1 lagi dibiarkan warna asal.

Sapukan marjerin/butter pada loyang. Sambil itu bolehlah panaskan pengukus. Saya tuangkan adunan bergilir-gilir ikut warnanya. Kemudian bolehlah dikukus apam ini selama lebih kurang 45-50 minit atau sampai ia masak dan tidak melekat pada lidi.

Sekian. Selamat minum petang!

Menjelang 1 Syawal

16 Nov

Kami semua berada di area wad HDW sampai tamat waktu melawat. Kebetulan ada wakil keluarga kaum kerabat Mummy dari Pasir Mas datang berziarah. Setelah itu kami bergerak dan agihkan barang-barang Mummy dari wad tingkat 6 untuk dibawa pulang.

Kami putuskan untuk berehat seketika daripada suasana hospital, dan untuk buat sedikit persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang sehari kemudian. Walaupun suasana sudah tidak akan semeriah tahun-tahun lalu, tapi kami harus realistik dan tidak pentingkan diri sendiri. Anak-anak mereka iaitu cucu-cucu Mummy harus digembirakan, setakat kudrat dan kemampuan kami pada waktu sedemikian.

Aku pulang ke Shah Alam dengan fikiran dalam. “Bagaimana harus dibuat sekiranya Mummy bertambah baik, dan sudah tidak perlu ke hospital lagi? Siapa yang akan menjaganya di rumah nanti?”

……………………..

Menjelang 1 Syawal

Aku dan Kak Ta menguruskan urusan membeli bahan-bahan mentah untuk persiapan raya. Kak Da yang akan menjenguk Mummy di hospital nanti bersama Abah. Memandangkan keadaan Mummy yang masih di unit jagaan rapi, maka rasanya kalau ditunggu sepanjang hari pun kami tetap tertakluk pada waktu lawatan yang strict. Jadi memadailah Kak Da dan Abah saja yang pergi menjenguk keadaan Mummy.

Aku putuskan untuk mencuba masak juadah wajib Mummy di pagi raya; Kuzi Ayam. Aku sebenarnya dah lama tidak memasak, apalagi untuk membuat cubaan berani sedemikian. Hanya berbekalkan pengalaman menjadi ‘assistant chef’ kepada Mummy selama bertahun-tahun ini yang memberikan aku semangat. Anak-anak buah juga excited mendengarkan perancangan itu. Walaupun kami semua bersedih tidak dapat pulang ke Kota Bharu, ditambah pula dengan keadaan “tonggak rumah” yang uzur tapi tidak ada sebabnya untuk kami tidak meraikan hari kemenangan yang akan kami sambut keesokan harinya.

Aku juga telah suarakan pada Kak Ta, niat aku untuk menjaga Mummy sepenuhnya apabila Mummy keluar dari hospital nanti. Setelah aku fikirkan semalaman, aku putuskan untuk ambil cuti panjang daripada urusan kerjaku semata-mata untuk fokus menjaga Mummy. Aku memang keberatan untuk serahkan urusan menjaga Mummy kepada orang asing, sekiranya kami harus carikan pembantu atau jururawat peribadi kemudian nanti. Aku sedia maklum keadaan Mummy yang uzur, dengan kemungkinan besar hidupnya akan bergantung pada pemakaian beg najis tapi itulah tanggungjawab kami, dan sementelah aku anak perempuannya yang masih lagi tidak ada komitmen rumahtangga jadi aku fikir seafdhalnya untuk aku sebagai anak untuk menjaga ibu yang uzur demikian. Kalau nak dikatakan aku yang terpaksa berkorban segalanya untuk Mummy, kenyataan itu tidak tepat sama sekali. Mummy yang telah banyak berkorban untuk membesarkan setiap seorang daripada kami, anak-anaknya selama ini.

Kak Ta nyatakan kelegaannya dengan cadangan aku itu. Jadi urusan untuk renovate bilik air dan persiapkan bilik bawah khusus untuk Mummy akan dilaksanakan selepas musim raya. Kami mahu sediakan suasana yang welcoming dan menggembirakan Mummy sekembalinya beliau dari hospital nanti. Semoga Allah Taala permudahkan…

Sepanjang masa aku di dapur bersendirian ketika untuk menyiapkan hidangan wajib tersebut, aku termenung panjang dan terkenang kenangan-kenangan lama menjelang Aidilfitri. All these years, hanya Mummy seorang diri yang bertekun di dapur pada malam raya. Masih segar dalam ingatan, malam raya tahun lepas Mummy memang ada bersungut dah penat untuk memasak. Sudah terlalu penat. Mummy mahu kami pula yang sediakan juadah hari raya tahun ini.
.
.
.
.
.

“…bau macam dapur rumah Mummy Tok la!”

Alhamdulillah, Kuzi Ayam sudah siap dan disempurnakan. Tak sabar rasanya tunggu pagi esoknya untuk aku khabarkan pada Mummy, I made her signature Raya dish tahun ini. All by myself. I hoped this will make her happy, and I prayed that Mummy akan tersedar dan senyum pada kami.

Pada aku, itulah makna sebenar hari kemenangan bagi kami sekeluarga…

20121116-125045.jpg

The Operation (1)

21 Oct

Jumaat, 17 Ogos

It’s the day untuk Mummy menjalani pembedahan. Aku rasa ini pertama kali Mummy jadi patient on the table, ironinya OT was her last department before dia pencen awal in 1987. Oleh kerana aku terjaga agak lewat, demi mengejar Subuh yang masih lagi berbaki waktunya aku bersegera ke surau. Ambil masa untuk bersendirian, untuk mengadu dan merayu pada Dia..sebagai seorang anak yang selama ini hanya sekadar membaca sepotong doa untuk kesejahteraan ibubapa sekadar mengambil syarat saja, tanpa pengertian dalam tentang apa yang aku selalu lafazkan sebelumnya. Tapi pada pagi Jumaat yang hening itu, di hari-hari terakhir Ramadhan aku ambil masa berteleku di sejadah menadah doa dengan penuh pengharapan, agar segalanya berlangsung dengan baik ke atas ibu kami. Supaya diberikan kami kekuatan menghadapi apa saja natijah kemudiannya.

Sekembalinya aku ke katil Mummy, ketiga kakakku sudah di samping Mummy. Mummy rupanya sudah dipersiapkan untuk ke dewan bedah. Sudah berganti baju putih dan cap. Sambil itu kami menunggu dan berharap agar Jang dapat sampai sebelum Mummy dibawa pergi.

Tidak lama kemudian Jang sampai ke wad bersama Abah, lalu aku turun ke lobi untuk bergilir pas menunggu dengan kakak iparku dan juga untuk mengambil giliran menjaga Asma’. Terbit pula rasa kasihan pada Che Ba yang kali ini terpaksa berpenat lelah bersama kami sekeluarga dalam keadaannya yang semakin sarat mengandung. Asma’ seorang anak yang lincah dan aktif serta lasak, jadi untuk mengelakkan dia kebosanan aku dukung dan bawanya ke kawasan playground. Hampir setengah jam aku biarkan Asma’ bermain, sambil aku ambil masa untuk bertenang dan bersedia untuk kuatkan mental bila sampai masanya untuk ‘berpisah sementara’ dengan Mummy apabila sudah masuk ke dewan bedah nanti. Sambil memerhatikan keletah Asma’ yang sudah berusia setahun 7 bulan, hati rasa sebak kerana memgenangkan Mummy memang sangat sayangkan cucu paling kecilnya ini. Selalunya Asma’ dijadikan modal bercerita bila dia menghubungi aku. Kasihan Asma’ yang masih tidak tahu apa-apa…

Aku naik ke tingkat 6 kembali sebaik saja Che Ba turun bergilir pass dengan aku. Kebetulan sudah hampir waktu Asma’ menyusu, dan aku juga mengagak waktu untuk Mummy dibawa ke OT juga makin hampir. Jangkaan aku tepat, bila aku sampai saja di wad Mummy sudah bertukar katil. Ketika itu kami 5 beradik bersama Abah sama-sama bergerak mengiringi Mummy menuju ke dewan bedah yang berada di tingkat 4. Yang aku ingat kami tak banyak bersuara ketika itu, masing-masing cemas dan melayan perasaan sendiri.

20121021-160029.jpg

Bila sampai di muka pintu kaca dewan bedah, kami berkumpul bersama. Serta-merta aku diselubungi perasaan sayu dan sebak, kerana aku tau kami harus kuat untuk melihat keadaan Mummy yang semestinya sudah tidak akan sama bila keluar nanti. Bila pasukan bedah benarkan kami semua masuk untuk bertemu Mummy sebentar buat kali terakhir sebelum Mummy dibius dan prosedur dimulakan, kami masuk dengan masing-masing menahan perasaan. Suasana sangat sunyi dan hening. Aku biarkan seorang demi seorang kakakku dan Jang serta Abah memeluk dan cium Mummy sambil minta ampun. Aku masih lagi mengumpul kekuatan sendiri untuk berdepan keadaan itu sebenarnya. Aku katakan pada diri sendiri untuk tidak mengalirkan airmata di hadapan Mummy, aku harus tunjuk yang aku kuat dan aku mahu dia tahu kami semua kuat dan menyokong dia untuk kembali sihat seperti dulu.

“Mummy, Nuri minta ampun minta maaf zahir batin dengan Mummy. Mummy jangan takut, anak-anak Mummy semua ada. Lepas ni Mummy cepat-cepat sihat kita boleh balik. Nuri jaga Mummy sampai sihat…”

…and she just smiled. Aku dakap Mummy untuk kesekian kalinya dan kemudian berundur, untuk mereka bawa Mummy ke kawasan larangan. Doktor konsultan bedah pun sekali lagi mengulangi 3 possibilities untuk prosedur ke atas Mummy tersebut, dan minta kami semua doakan yang terbaik untuk Mummy. Ketika itu jangkaan waktu prosedur akan ambil masa selama 3-4 jam, jadi kami ambil keputusan untuk menunggu di tempat-tempat ikut keselesaan masing-masing. Kak Ta dan Kak La berehat di surau tingkat 6, Kak Da dan Jang turun ke lobi untuk bersama Che Ba dan Asma’ manakala aku dan Abah menunggu di luar pintu masuk dewan bedah.

20121021-161445.jpg

Sepanjang menunggu itu, aku dan Abah tidak berkata sepatah pun. Masing-masing hanyut dengan perasaan masing-masing. Tapi sesekali aku bangun dan curi-curi pandang ke arah Abah. I wished that I knew how to console him in times like this, but I myself pun struggling very hard to be in the situation. I just hoped that my presence and him being surrounded with us sudah cukup untuk bagi dia kekuatan, walaupun sedikit. Suka atau tidak, kami semua sedang diberi ujian yang sangat besar dan kami harus berdepan dengan hakikat kehidupan…

Kak Da datang kembali join aku dan Abah menunggu, tapi Abah kemudian cakap nak turun ke lobi. Jang dah balik ke rumah Kak Da untuk berehat sebentar, kasihan pada anak isteri yang terpaksa diangkut bersama menunggu lama di hospital. Kak Ta dan Kak La masih lagi melepak di ruang surau tingkat 6 maka tinggal hanya aku dan Kak Da saja di luar pintu masuk dewan bedah. Sesekali kami berborak hilangkan bosan dan resah, bila tiba-tiba saja kami dikejutkan dengan suara doktor pakar yang keluar maklumkan progress pembedahan Mummy pada kami.

Kami dimaklumkan keadaan usus Mummy yang sudah teruk affected, merebak habis ke organ-organ lain. Too risky untuk dibuang, dikikis atau dipotong bypass kerana faktor usia dan determination Mummy yang sudah lemah. He didn’t want to take the risk untuk habiskan masa 7-8 jam or we might lost her on the table just like that. He reminded us again on the 3 possibilities untuk pembedahan tersebut, jadi it was the 3rd point: nothing could be done.

“just be around her, and give her everything she wants…”

………………………

Aku dan Kak Da keluar tanpa bersuara. Ketika aku terduduk di kerusi menunggu, aku tersandar ke dinding. Diam. Aku dengar Kak Da call salah seorang kakak di tingkat 6 dan maklumkan prosedur Mummy sudah tamat. Hanya bila mereka berdua sampai ke tempat kami menunggu baru kami bersuara dan maklumkan segalanya. We were prepared untuk prosedur yang panjang, tapi hampa bila ia hanya memakan masa lebih kurang sejam sahaja. Bayangkan how all hope went down for all of us. We were in total shocked kerana kami langsung tidak menyangka keadaan seburuk itu dan ia berlaku sangat pantas. Kami tunggu Mummy keluar dari dewan bedah untuk dibawa ke unit rawatan HDW(High Dependancy Ward) untuk monitoring selanjutnya.

…dan ketika itulah aku diberikan tugas untuk maklumkan berita itu pada Abah…

………………………..

I have no idea at all on Abah’s whereabout. And I was the one yang kena break the news. Fair enough. Following my very own so-called ‘a daughter’s instinct’ aku cuma turut langkah kaki menuju ke tingkat 6..dengan harapan Abah would be there waiting for us to come back.

Bila aku masuk ke wad, aku tengok tinggalan barang-barang kami pagi tadi di atas katil Mummy. Dan aku perasan tanda-tanda Abah might be somewhere around, jadi aku tanyakan makcik yang menemani anaknya di katil bertentangan tentang Abah. Rupanya Abah memang telah lama menunggu kami di tepi katil itu, cuma ketika itu dia di bilik air. Sedaya upaya aku menahan diri apabila makcik tersebut menanyakan perkembangan Mummy. Aku jawab semuanya ok saja, not until I saw Abah keluar dari bilik air selepas itu.

But I have to tell him….

Tanpa buang masa, aku ajak Abah terus ke tingkat 4 dan informed Mummy dah siap. Akan dibawa ke unit rapi. Aku harapkan Abah hanya angguk saja dan terus mengikut, tapi aku kalah pada kenyataan apabila ditanya Abah “how was thing?”

Aku jawab dengan airmata bercucuran. Dan gelengan….

Aku hampir tidak dapat kawal perasaan, tapi Abah angguk-angguk dan usap kepala aku dan peluk bahu. We both walked out dari wad tingkat 6 dan turun balik ke tingkat 4, only to know yang Mummy sudah keluar dari dewan bedah dan sudah dipindahkan ke wad HDW. Semua kakak sudah duduk di ruang menunggu kerana kami tidak dibenarkan masuk lagi sementara menunggu waktu melawat. Hanya 2 pelawat dibenarkan pada satu masa, jadi sekali lagi kami perlu bergilir untuk menemui Mummy.

Ketika menunggu bersama itulah Abah akhirnya menangis. My 2nd time witnessing him in tears, after the loss of his mother; my late grandmother years back. Juga pada kanser. Tapi ini kali pertama aku saksikan airmata Abah yang pilu not being with Mummy, and the fear of his life without her in future. All of us were crying, and it was very emotional as everybody macam started to collapse from within. Hati makin lirih makin tersiat pilu bila mendengarkan Abah cakap he’s afraid being alone knowing Mummy akan pergi. It was the time when I felt so weak on my knees and felt so helpless when seeing semua sumber kekuatan aku dalam keadaan sedemikian. Sesungguhnya berdepan dengan hakikat hidup, dengan kebenaran yang nyata sebegini teramatlah perit dan pedih sekali.

Aku beredar seketika untuk inform Jang the latest update. Katanya akan singgah sebentar sebelum solat Jumaat, kebetulan waktu itu juga waktu melawat. Jadi apabila tiba masanya kami dahulukan mereka yang terpaksa bergegas ke masjid, dan barulah kami bergilir bertemu Mummy.

……………………………

Sampai giliran aku. Pass diambil dan dikepit pada hujung selendang. Aku cuci tangan dengan sanitizer yang siap tersedia sambil melangkah perlahan menuju ke pintu unit HDW. Kumpul segala kekuatan sambil hati dan mulut seiring melafaz zikrullah. Memasuki kawasan unit tersebut, hidung terus ditusuk berbagai bau. Langkah aku makin perlahan. Mata melilau cari mana katil Mummy.

….and then I saw her bed di sudut kiri, berhampiran kaunter petugas. Perlahan-lahan kusorot ekor mata daripada kaki Mummy yang berselimut hinggalah ke atas dan memandang wajahnya. Tiub, wayar penuh berselirat mengelilingi Mummy, yang masih belum sedar dari pembedahan tadi. Wajah Mummy kelihatan mengembang, dan masa itu Mummy masih lagi bergantung pada oksigen. Aku kelu tak bersuara. Airmata mengalir lagi. Aku rapat ke katil Mummy, cuba usap tangan Mummy yang juga penuh dengan tiub.

Dingin. Sejuk sekali.

Berapa lama aku berdiri terpaku menatap Mummy ketika itu. Aku hilang kata-kata. Terasa sangat kesakitan yang ditanggung Mummy. Aku tanyakan pada nurse bagaimana keadaan Mummy; agak lega bila tahu Mummy stabil cuma tunggu masa untuk sedar saja.

Aku ambil masa. Tarik nafas. Kawal nada agak tidak terdengar akan kesayuan dan pilu aku. Aku mahu Mummy dengar suara aku dalam keadaan biasa. Suara anak yang suka mengusiknya.

“Mummy, Nuri ada nih. Mummy dengar kan? Jangan tidur lama sangat, nanti lambat baik. Kalau lambat baik, lama lagi kena duk sini. Mummy nak balik kan? Nanti Nuri akan jaga Mummy biar sihat macam biasa…”

The Appoinment

18 Oct

Khamis, 16 Ogos

Aku dan Kak Ani yang temankan Mummy ke Hospital Serdang pagi itu. Kak Da ada pesankan pada Jang untuk standby datang juga sekiranya ada keperluan. Tapi Jang ada beritahu, kalau tiada apa-apa dia mahu fokus pada thesis yang sudah lama terbengkalai. Kerana aku sangka pagi itu hanyalah temujanji biasa, jadi aku jawab ok sahaja. Aku boleh hadapinya dengan Kak Ani. Sambil aku sibuk buat last checkup untuk pastikan tiada barang yang tertinggal, Mummy duduk saja di birai katil dan aku ada terdengar dia mengeluh perlahan;

“tak tahan sangat rasanya sakit nih, kalau nak operate pun buat jelah buang saja benda nih”

Ketika memimpin Mummy keluar menuju ke kereta, ada 1 lagi masalah kecil. Mummy tak mampu menampung tubuh sendiri untuk naik ke Estima kerana agak tinggi. Mujurlah ada driver Kak Ani yang bantu angkatkan Mummy, kalau tidak terpaksalah kami berdua berhempas-pulas dan mungkin akan sakitkan tubuh Mummy kalau sampai terpaksa berkasar sedikit.

Sepanjang perjalanan Mummy diam sahaja, mungkin sedang menanggung kesakitan. Sebaik saja sampai di lobi hospital, aku turun dulu untuk dapatkan wheelchair. Dengan susah payah kami turunkan Mummy dari kenderaan, dan perlahan-lahan kami 3 beranak menuju ke bahagian sayap hospital iaitu bahagian klinik pakar. Sekali lagi kami terpaksa menunggu setelah urusan mendaftar di kaunter.

Menurut kad lawatan, aku perlu bawa Mummy ke klinik pakar sakit puan lagi. Tapi bila sudah dapat pengesahan daripada petugas di kaunter klinik sakit puan, Mummy perlu terus ke klinik surgeon. Sekali lagi aku tolak wheelchair Mummy untuk menunggu giliran di situ pula. Sesekali aku perhatikan keadaan Mummy yang masih lagi diam membisu. Aku minta Mummy sabar tahan sakit, nanti kita akan jumpa doktor. Mummy diam saja di wheelchair. Pada Kak Da aku kirimkan sms maklumkan sudah sampai di hospital. Kak Da tak dapat ikut sama pada pagi itu,kerana ada tetamu besar yang akan berkunjung ke pejabat Tun nanti. Sekali lagi aku jawab jangan bimbang, semuanya akan ok.

Mujurlah giliran menunggu untuk Mummy dipercepatkan, dan kami dibawa berjumpa dengan sr. Consultant pasukan bedah (maaf, aku sudah lupa namanya). Aku berdebar-debar tunggu apa plan daripada mereka sebenarnya. Ketika dua orang doktor itu masih lagi memeriksa analisis data medical report Mummy, sesekali aku curi pandang Mummy yang aku tau masih lagi menahan sakit.

Kemudian briefing tentang Mummy dimulakan. Doktor tersebut siap tunjukkan lagi anatomy chart untuk mudahkan kami faham tentang situasi perubatan Mummy, yang kemudiannya kami makin jelas agak kritikal sebenarnya. Doktor terangkan pada kami bagaimana ujian scope telah dijalankan ke atas Mummy tempoh hari, dan didapati ada sebahagian dalam usus Mummy sudah blocked kamera untuk melepasinya. Yang dapat dipastikan ketika itu, confirmed ia adalah kanser usus.

Aku paused sekejap. Cuba cari kekuatan. Soalan seterusnya, cancer Mummy dah sampai level mana? Doktor gelengkan kepala. “It’s too advanced” atau dalam erti kata lain, it’s more than 4th level. Aku paused lagi. Genggam jari-jari sendiri, memintal hujung baju. Bila Kak Ani tanyakan berapa lama masa yang tinggal? Doktor maklumkan dia tak berapa favour untuk beri anggaran masa, tapi deep down kami faham ini semua sangat kritikal. Doktor inform lagi, tarikh cadangan untuk pembedahan Mummy yang akan berlangsung lebih kurang seminggu lagi berikutan dengan musim cuti raya Aidilfitri. Kepada kami juga, doktor terangkan apa prosedur dan possibilities yang akan berlaku. Kami juga diberitahu ada 3 options untuk pembedahan tersebut; (maaf sekiranya istilah aku tidak tepat dari segi bahasa medical, tapi sejujurnya aku sedang berperang emosi ketika briefing itu berlangsung)

i)sekiranya ketumbuhan itu boleh dibuang, maka ia akan berjalan lancar.
ii)sekiranya ketumbuhan itu merebak, sebahagian usus akan dipotong dan mereka akan lakukan bypass pada bahagian usus Mummy
iii)sekiranya it’s too badly affected, doctors could do nothing. Ibarat buka dan tutup semula.

Sejujurnya sepanjang penerangan itu berlangsung, fikiran aku jauh melayang entah ke mana. Seolah bermimpi yang aku akan terpaksa mendengar dan menghadap ini semua. Tentang Mummy yang sakit pun aku nak tak nak saja untuk percaya, inikan pula untuk hadap dengar dan faham tentang penyakit membunuh dan aku terpaksa dengar consequences kepada penyakit yang sedang dideritai oleh Mummy.

“..so which of you can be the decision maker?”

Sekali lagi aku paused. Mute. Mau terduduk. Walau sudah duduk di kerusi pun, rasanya mau jatuh terduduk juga. Aku hanya prepared untuk bawa dan temankan Mummy ke hospital pagi itu untuk dengar yang baik-baik saja, untuk dengar yang nothing’s wrong with her, yang dia hanya sakit biasa saja, sakit orang tua. But not this news… And never had I imagined to have to decide anything for her, lagi pula yang melibatkan soal hidup mati ibu sendiri.

Both me and Kak Ani told the doctor yang kami tidak dapat buat keputusan, not without further discussion dengan the rest of us atau setidaknya untuk consult with Kak Da. Kak Da anak sulung, supposedly she’s the decision maker in times like this. Aku kelam-kabut hantar SOS pada Kak Da, Kak La dan Jang as the doctor told us he actually expecting all of us ada sekali untuk decide for Mummy. Aku pandang wajah Mummy, tiada sebarang reaksi hanya bila Doktor cakap another week untuk operation, Mummy mencelah dengan berkata perlahan “…tapi saya sakit Doktor, please send me to the ward..”

Aku sudah tidak sanggup lagi melihat bagaimana wajah sedih Mummy lagi. Aku panik, bingung dan keliru. Seumur hidup aku tidak pernah berdepan dengan situasi secemas ini. Inikan pula aku yang ditanya untuk buat keputusan penting ke atas Mummy. Selalunya Mummylah yang buatkan keputusan mutlak ke atas aku, untuk sebarang keadaan pun tapi bila sampai masanya untuk aku begini sekali keputusan yang harus dibuat.

Aku bergegas keluar dari bilik itu. Sambil cari line telefon, aku ambil masa bersendirian untuk bertenang. Bertenang dari semua keadaan itu. Tiada masa untuk airmata lagi. Aku cuma mahu mana-mana kakak atau abang aku yang sampai dahulu ke hospital ketika itu, untuk sama-sama kami musyawarah dan dapatkan suara majoriti untuk kebaikan Mummy. Aku hanya terfikir ‘kenapa aku? Kenapa aku ya Allah yang selalu ada ketika masa-masa genting begini?’

………..

Alhamdulillah, Kak Da sampai sejurus dapat lampu hijau daripada pegawai khas Tun yang sememangnya sudah sedia maklum dengan situasi keluarga kami. Tanpa buang masa, sekali lagi Kak Da dan Kak Ani masuk ke bilik untuk berunding dengan doktor. Tinggal aku dengan Mummy di ruang menunggu. Masa itu aku hanya diam dengan Mummy. Aku sangat-sangat terkejut dan keliru dengan semua yang baru aku dengar dan tahu. Dan aku tidak berani untuk bersuara pada Mummy. Mummy juga diam di wheelchair, juga membisu seribu bahasa. Aku tidak pasti apa yang sedang bermain di fikiran Mummy ketika itu.

Tak berapa lama kemudian, mereka keluar setelah berunding dengan doktor. Mummy akan dimasukkan ke wad ketika itu juga, dan doktor akan cuba untuk dapatkan slot bagi prosedur Mummy bagi keesokan harinya. Itu tarikh yang terbaik yang mampu mereka tawarkan kerana setelah itu, kebanyakan doktor tiada kerana pulang bercuti raya. Kami sudah tidak tahan lagi melihat Mummy tanggung derita sakit selama seminggu hanya untuk menunggu giliran dibedah. Jang sms inform dia sudah dalam perjalanan bersama Abah dari Tg. Malim.

Aku sorong wheelchair Mummy ke tingkat 6, kali ini di wad 6C sementara Kak Da uruskan soal pendaftaran masuk Mummy di pejabat bendahari. Sekali lagi kami hampa kerana masih lagi gagal untuk tempatkan Mummy di wad kelas pertama kerana keadaan Mummy yang kritikal, perlu pemantauan oleh para doktor maka best option untuk Mummy ialah di kelas 2 yang paling hampir dengan kaunter petugas.

Tidak lama setelah Mummy dapat katil, Jang sampai dan tunggu di ruang lobi kerana waktu itu masih belum waktu melawat. Aku turun untuk dahulukan kad menunggu pada Abah, biarlah Abah yang naik dahulu bertemu Mummy. Jadi tinggallah aku dan Jang 2 beradik di ruang lobi, dengan masa lebih kurang 10minit untuk waktu melawat. Kesempatan yang ada itu aku ambil untuk terangkan tentang keadaan Mummy sepenuhnya pada Jang.

….and he cried the moment he learnt about Mummy’s poor conditions. Hati anak mana yang tidak luluh bila mendengar perkhabaran ibu yang disanjungi mungkin sedang bertarung nyawa saat itu? Menderita penyakit membunuh, di peringkat lebih daripada peringkat akhir…mungkin hanya menanti masa dijemputNya. Dalam keadaan kami semua masih belum bersedia sepenuhnya untuk menerima keadaan Mummy sakit sedemikian rupa, apalagi untuk melepaskannya pergi. Tapi itulah roda kehidupan; ada suka dan duka..atas dan bawahnya.

Kak Ta sampai di wad bersama sebahagian anak-anaknya tidak lama kemudian. Jelas nampak wajah gembira Mummy melihat cucu-cucunya sampai. Aku tunggu di katil kosong berdepan katil Mummy, bilik itu ada 4 katil semuanya tapi hanya ada 2 katil yang berpenghuni. Seorang lagi pesakit kawan sebilik Mummy ialah seorang remaja perempuan yang dijaga ibunya.

Aku biarkan Mummy bersama Abah,cucu-cucu dan anak-anak lain, kerana aku punya banyak lagi masa untuk menemankan Mummy kemudiannya. Abah seperti biasa, takkan duduk diam habis diusiknya segala peralatan. Kadang-kadang kami terpaksa beredar sebentar bila Mummy perlu diperiksa oleh doktor atau misi.

Ketika itu Abe Nik, anak sulung Kak Ta yang juga cucu sulung keluarga bertanyakan details tentang Mummy Tok mereka. Merah juga matanya aku lihat bila dia faham keadaan sebenar. Hubungan mereka berdua 2 bercucu agak rapat juga sebenarnya; sementalah Abe Nik adalah cucu sulung. Dari zaman berpantang sehinggalah membesar paling kerap dibawa pulang ke Kota Bharu melawat kedua-dua belah datuk dan nenek. Penawar rindu mereka sepanjang masa. Bila kedua-dua datuk dan nenek belah bapanya tiada, mereka hanya ada datuk dan nenek belah mama sahaja untuk menumpang kasih sayang. Begitu juga dengan anak-anak Kak Da, hanya ada Mummy Tok dan Tok Abah sahaja sebagai datuk dan nenek mereka.

Menjelang petang, mereka semua beransur pulang kerana tidak mahu kesesakan ketika hampir waktu berbuka nanti. Kak Da akan datang singgah lagi untuk berbuka dengan aku, kerana tidak larat menempuh jammed pulang ke Bandar Baru Bangi. Kak La tak dapat datang kerana ke Melaka menjemput Elin balik. Abang Man dah selamat bertolak pulang ke Kota Bharu, menyambut raya bersama keluarga mertua. Tapi aku lihat sedikit sebanyak kehadiran anak cucu pada petang itu telah menggembirakan hati Mummy. Kami juga sudah berpakat untuk berkumpul lagi pagi esoknya demi untuk bersama-sama memberi sokongan moral untuk Mummy menjalani pembedahannya.

……………

Sesudah berbuka dengan Kak Da di tempat biasa kami iaitu kafe hospital, aku terus bergegas ke surau pula. Mahu bermunajat untuk kesihatan Mummy, dan mendoakan agar pembedahan nanti akan berjalan dengan lancar. “Ya Allah, kau hilangkanlah kesakitan yang ditanggung ibu kami”

Bila aku kembali ke wad, Mummy bising-bising kerana kerapkali darahnya diambil. Sebenarnya tekanan darah Mummy rendah, dengan pembedahan yang akan dijalankan besok maka mereka perlu sentiasa ambil bacaan darah Mummy dan berusaha untuk mengawasinya. Aku diminta berikan Mummy minum milo untuk tambahkan kandungan gula dalam tubuh Mummy. Setiap kali aku suakan air kotak milo pada Mummy, aku perasan kali ini Mummy makin lemah. Tak seperti awal-awal ketika masud wad 6B minggu lepas, setelah dimasukkan darah Mummy sudah tidak pucat dan bertenaga namun tidak pada kali ini.

Kak Da datang lagi malam itu untuk menghantar barang-barang keperluan untuk kami. Kali ini aku takkan tidur di kerusi lagi, mujurlah Cik As jiran depan rumah Kak Da bermurah hati untuk pinjamkan sleeping bag pada aku. Oleh kerana kawasan katil Mummy kali ini agak luas, dapatlah aku bentangkan alas tidur dan sleeping bag dengan selesanya. Mummy diingatkan untuk berpuasa mulai jam 12:00 malam sebagai persediaan untuk prosedur esok, tapi ketika itu kami masih belum diberitahu waktu tepat bila ia akan berlangsung.

Sambil melayan Mummy yang banyak mengomel macam-macam hal, aku keluar masuk bilik ke kaunter petugas untuk bertanyakan kepastian waktu pembedahan Mummy untuk mudahkan aku update kakak-kakak serta Jang yang akan travel lagi dari Tg. Malim. Walaupun sibuk mengomel, aku tetap layan kerenah Mummy yang mahu ke bilik air juga, tak mahu dipakaikan pampers.

Bila sudah pastikan Mummy sudah selesa di katilnya, barulah aku akan duduk berbaring di tempat tidurku. Di atas lantai. Ketika itulah aku baru mula update di facebook tentang keadaan Mummy yang akan menjalani pembedahan. Mulanya aku ragu-ragu untuk bercerita tentang Mummy, tapi mengenangkan apa salahnya kalau ada kiriman doa daripada sanak saudara dan sahabat handai untuk kebaikan Mummy jadi aku teruskan. Sesekali aku terpaksa berhenti atau tangguhkan rasa mengantuk bila Mummy bising tentang tiub yang dirasakannya tidak betul atau hampir habis dripnya. Sesekali Mummy ‘diganggu’ lenanya bila doktor datang untuk ambil darah. Sudahnya aku rasa memang Mummy tidak aman sepanjang malam.

Hampir setiap jam aku dikejutkan Mummy, kalau tidak diajak ke bilik air pasti kerana nak kejutkan aku bangun bersahur. Hampir setiap jam. Berulang kali jugalah aku terpaksa terangkan yang aku dah siap set alarm untuk sahur, Mummy tak payahlah runsing. Baik rehat dan tidur. Tapi oleh kerana banyak kali terpaksa terangkan, kadang-kadang aku mamai dan mungkin ada kalanya nada aku kedengaran agak kasar pada Mummy.

“…biarlah, Mummy tak tahu jam dah tunjuk pukul berapa. Mummy nak ingatkan saja, sahur mesti kena bangun…”

Aku diam sahaja. Layan sajalah kehendak Mummy. Hati pun ada berbisik, ketika inilah Allah sedang menguji kesabaran aku sebagai anak. Berapa kalipun Mummy kejutkan dan ajak ke bilik air, aku ikutkan saja. Kerana kali ini katil Mummy agak jauh sedikit, jadi aku perlu pimpin Mummy ke bilik air. Keadaan Mummy makin lemah, langkah pun pendek-pendek. Waktu untuk betulkan Mummy naik ke katil yang paling menguji, kerana Mummy dah tak berdaya untuk angkat kaki. Sedaya upaya aku berusaha untuk betulkan posisi Mummy. Dah siap betulkan, kena melayan untuk ditukar alas katilnya, atau ambil plastik muntah extra dan sebagainya. Aku kunci mulut serapat mungkin, doa pada Allah jauhkanlah sifat anak derhaka atas aku pada ketika itu. Janganlah aku sakitkan hati Mummy atau sebagainya sepanjang aku temankan beliau di wad ini. Aku bukan anak paling baik yang mendengar setiap kata Mummy sebelum ini, tapi tolonglah jangan lagi aku sakitkan hatinya samada sengaja atau tidak, sedar ataupun tidak sedar.
.
.
.
.
.
.

20121018-100856.jpg

….dan sebenarnya malam itulah yang terakhir dalam hidup aku dikejutkan bangun sahur oleh Mummy. Almost every single hour aku dikejutkan suaranya. Siapa yang tahu sahur-sahur tahun mendatang aku takkan dengar lagi suara Mummy…

Ramadhan Terakhir (10)

17 Oct

Rabu, 15 Ogos

Aku ambil keputusan untuk terus bercuti pada hari itu. Biarlah aku bersama-sama Mummy atau ahli keluarga lain menjelang hari untuk Mummy pergi temujanji hospital. Ubat tahan sakit Mummy pun dah hampir habis, memang sukatan cukup-cukup sampai hari temujanji Mummy dengan surgeon.

Bila aku inform Mummy yang aku start cuti hari itu, Mummy diam saja. Tak pula dimarahnya, aku kira Mummy suka aku ada di rumah temankan beliau saja. Aku tanya sakit perutnya bagaimana? Mummy diam juga, katanya masih terasa tapi boleh ditahan. “Esok dah nak pergi hospital” itu katanya.

Dah siap ambil sarapan, Mummy berehat di bilik saja. Berulang kali aku tanyakan keadaan sakit perut Mummy, tapi jawabnya tetap sama masih ok. Jadi aku minta diri untuk ikut Kak Ani keluar carikan barang dan persiapan raya. Ketika singgah sekejap di KLCC, aku diam-diam sempat beli kad birthday untuk Kak Ani kerana malam itu Kak Ani ajak berbuka di luar celebrate birthdaynya.

Sampai di rumah, aku jenguk keadaan Mummy. Aku perasan hari itu Mummy banyak berehat di bilik saja, tapi bila aku tanyakan bibik Mummy tetap keluar makan macam biasa. Bila nampak Mummy terjaga, aku beritahu malam tu keluar berbuka puasa di luar nak sambut birthday Kak Ani. Mummy cakap tak ada masalah, dia ok saja dan suruh aku keluar raikan Kak Ani.

Aku keluar dengan keluarga Kak Ani dan berbuka di Victoria’s Station, tinggal Mummy bersama bibik di rumah. Macam biasa rutin aku bila sampai rumah, aku diminta Mummy untuk tukar balutan kaki. Cuma kali ini Mummy nampak lain; aku nampak reaksi tahan sakitnya itu. Aku tanya macam mana sakit tuh? Mummy jawab sakit saja. Minyak angin disapu berkali-kali. Aku ingatkan Mummy jangan ditahan sangat sakitnya, kalau teruk sangat kita pergi hospital saja. Tapi Mummy tetap cakap ” takpa, tunggu sajalah appoinment esok…”

Persiapan ke hospital pun aku sediakan. Kami kena bersedia dengan segala kemungkinan, andaikata Mummy akan ditahan lagi di wad seperti sebelumnya. Beg pakaian kami 2 beranak aku kemaskan. Dalam hati dan fikiran tiada lain hanya doakan agar Mummy segera sembuh.

Bila aku kembali ke bilik, aku lihat Mummy sudah terlena. Lena dalam kesakitan, barangkali. Mahu saja aku berjaga sepanjang malam, monitor keadaan Mummy tapi melihatkan Mummy diam saja nyenyak aku tak sampai hati mengganggu. Fikir aku, kalau tidak tahan atau terlalu sakit pasti Mummy akan kejutkan aku.

Sampai waktu sahur, macam biasa Mummy dan Nadiah kejutkan aku. Dan aku masih ingat, Mummy mengerang kesakitan. Kali ini aku pujuk Mummy agar bertahan, kita akan ke hospital pagi itu juga. Mummy angguk dan masih kuatkan diri untuk tunaikan solat Subuh dan kemudian bersiap untuk ke hospital. Aku siapkan semuanya dan kami berangkat ke hospital.
.
.
.
.
.

aku pergi dengan segala macam kemungkinan pada pagi hening itu, but I never knew itulah rumah terakhir untuk Mummy menumpang kasih anak-anaknya. I never knew she would never come home to any of ours after that very day…

20121017-171244.jpg