Archive | Warded RSS feed for this section

4 Syawal

21 Dec

“Setiap kali kita menarik nafas, pada hakikatnya semakin dekat kita ke alam kubur”
The Secret of Kematian

…………………………………………

Pagi

Aku terjaga dengan ucapan syukur, syukur kerana kami sekeluarga; Abah dan semua kakak dan abangku bersama-sama dengan Mummy pada waktu-waktu terakhir ini. Aku bersyukur kerana dengan izinNya meneguhkan ikatan kekeluargaan kami, dan aku masih sempat update status facebook dengan menyatakan harapan aku pada hari itu; agar kami masih diberi kesempatan untuk bersama-sama Mummy lagi, sebanyak masa yang diizinkanNya.

Kami semua tidur ‘berjemaah’ di ruang TV dalam kawasan wad; hanya tidur beralas lengan di kerusi-kerusi kaku. Mengambil giliran tidur dan berjaga antara satu sama lain demi menemankan Mummy dengan membacakan ayat-ayat suci dan melafaz kalimah syahadah. Kami sebulat hati meninggalkan segala keselesaan peribadi untuk menjaga ibu yang dikasihi. Syukurlah kakak-kakak aku disokong sebaiknya oleh suami dan keluarga masing-masing, yang merelakan ibu-ibu mereka meninggalkan rumah masing-masing demi untuk menghabiskan masa bersama nenek mereka yang sedang nazak.

Pagi itu masih lagi hanya aku dan Kak La yang memilih untuk tinggal saja bersiap-siap di wad menghadapi hari baru untuk kami ketika kakak-kakak lain beransur untuk pulang berehat sebentar di rumah Bangi. Kak Ani juga bergegas pulang dan mengatakan akan datang kembali petang nanti. Aku juga diberitahu oleh Abah yang Mok Su telah pun selamat sampai di KL tengah malam tadi, dan dijangkakan akan datang menziarahi kami semua pada waktu melawat nanti.

Setelah sarapan ringkas, Kak Da dan Kak Ta sampai dari Bangi. Jadi ketika itu aku decided untuk temankan Abah buat checkup ringkas kerana Abah ada mengadu sakit lutut. Abah sememangnya sudah tidak sehat, ditambah lagi dengan tidak cukup rehat jadi mungkin itu mendorong sakit lutut Abah. Namun begitu Abah tetap semangat menantikan kedatangan adik perempuannya itu dan keluarganya nanti. Aku nyatakan pada Abah yang aku akan menemankan beliau, kerana pada perkiraan aku Abah mungkin ada masalah nanti kerana Abah akan cepat panik di tempat baru. Jadi cepat-cepat aku minta misi tunjukkan arah ke Jabatan Pesakit Luar; hanya untuk aku fahami kemudian bahawa Hospital Serdang tiada jabatan sedemikian kerana hanya menerima kes-kes rujukan daripada hospital lain rupanya. Maka dicadangkan untuk Abah dapatkan checkup di Jabatan Kecemasan sahaja.

Maka aku turun menemankan Abah berjalan menuju ke Jabatan Kecemasan, dengan harapan tinggi Abah tidak mempunyai masalah kesihatan serius dan ia tidak akan mengambil masa yang lama kerana aku juga tidak mahu berlama-lama tinggalkan Mummy.

Alhamdulillah, urusan checkup Abah berjalan dengan sangat lancar. Doktor ada menuliskan nota untuk Abah belikan ubat khusus untuk sakit lutut yang boleh didapati di farmasi-farmasi. Sepanjang perjalanan kami berjalan kaki menuju ke wad Mummy pun, kami tidak banyak berbual. Aku sengaja mengelak kerana tidak mahu menggambarkan kesedihan aku pada Abah, yang mungkin akan menambahkan lagi kerunsingan dan kesedihan pada hati tuanya itu. Mujurlah juga aku tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada kakak-kakakku sepanjang ketiadaan aku menemankan Abah. Ketika kami melewati kawasan lobi, Abah minta diri dulu untuk duduk minum pagi sambil membaca paper dan mahu terus menyambut Mok Su nanti. Jadi aku biarkan sahaja Abah bersendirian di bawah.

Apabila aku tiba di wad, keadaan Mummy masih tidak berubah. Ketika bercakap dengan Kak Da mengenai Abah itulah aku perasan kehadiran Mok Su. Rupanya mereka tidak terperasan Abah yang telah sedia menunggu mereka di bawah lalu aku mohon diri untuk pergi menuruti Abah.

Dari jauh lagi aku nampak Abah sedang duduk menanti di lobi menunggu. Cepat-cepat aku beritahu yang Mok Su sudah sampai dan sudah ada di wad, maka Abah tanpa buang masa terus mengikut aku naik ke wad. Ketika itu memang sudah waktu melawat dibuka.

………………………………………………….

Tengahari

Apabila sampai di wad, aku lihat Kak Da sedang menerangkan keadaan Mummy pada Mok Su. Memang jelas keprihatinan Mok Su terhadap Mummy, kakak iparnya walaupun Mok Su masih lagi dalam perjalanan menuju KL dari Kuala Terengganu telah dimintanya seorang doktor kenalan Mok Su ketika sama-sama menunaikan umrah untuk datang menziarahi Mummy; untuk melihat perkembangan terkini dan menjelaskan kepada kami dengan lebih detail.

Tapi itu semua terhenti, apabila Abah telah sampai di wad. Aku terdiam saja bila menyaksikan bagaimana Abah memeluk Mok Su, lama. Aku perasan mata Abah sudah merah dan bergenang, begitu juga dengan Mok Su. No words spoken, only emotions around both of them. Mok Su peluk Abah lalu tangannya mengusap belakang tubuh abangnya lembut. Ia sesuatu perasaan yang hanya mereka saja yang fahami dan kongsikan. Perasaan adik-beradik antara mereka berdua. Itulah satu-satunya pertama kali aku saksikan Abah displayed his emotion since Mummy berkeadaan begitu.

Abah is only a man. Lelaki yang sekuat manapun, kerana didorong oleh wanita di belakangnya. Sekuat manapun Abah cuba berlagak tenangdi hadapan kami anak-anak, tapi Abah tetap kalah pada emosi dan kesedihannya bila berdepan dengan adik perempuannya itu. Dan Abah juga is only a human…

………………………………………………

Aku terkenang pada kenangan lalu ketika aku dan Mummy sama-sama temankan menjaga arwah Tok Wan, nenek aku di sebelah Abah yang juga menderita kanser di akhir hayatnya. Mummy yang terus-terusan menemani Tok Wan; duduk di kepalanya dan mengelap cairan daripada mulut Tok Wan yang sedang nazak. Mummy juga yang ajarkan Tok Wan mengucap syahadah.

“Nuri nanti ingat nih. Orang-orang tua kita panggil ini belerang. Warna coklat keruh begini. Ini tanda akhir sakaratul maut sebelum roh kita diambil Malaikat Izrail”.

Aku ingat sejelasnya pesanan daripada Mummy ketika itu. Siapa menyangka kini aku pula yang harus memerhatikan tanda-tanda akhir tersebut ke atas Mummy. Berat memang berat, ketika hati sedang bergelut dengan kenyataan kami semua bakal berpisah dengan Mummy tapi dari sudut lain aku seolah-olah diberi kekuatan untuk terus berjaga dan bertahan.

…..dan menjelang petang lebih kurang jam 2:00 petang, aku dapati tanda-tanda akhir tersebut melekat di corong mask yang dipakai Mummy, ketika aku mengambil giliran menemankan mummy di katil. Aku sedang betul-betulkan kedudukan iPad kerana aku masih lagi uzur syarie bila aku terperasan cecair belerang tersebut ada. Aku kuatkan hati untuk merapati wajah Mummy, untuk aku perhatikan sebetul-betulnya akan tanda tersebut.

Ia sememangnya jelas.

~Adapun mengenai keluarnya roh orang mukmin, digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya sebagai berikut:

“Sesungguhnya ketika seorang mukmin dalam keadaan genting,malaikat datang kepadanya dengan membawa sepotong kain sutera yang berisi minyak kasturi dan tangkai-tangkai bunga yang harum. Ia mencabut nyawanya seperti orang mencabut sehelai rambut dari adunan roti. Lalu dikatakan, “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. (Surah Al-Fajr:27-28).” (Hadis Riwayat Ashabus Sunan dari Abu Hurairah r.a)

Lalu aku maklumkan apa yang telah aku saksikan dan aku fahami daripada pesanan Mummy dahulu kepada kakak-kakak dan abang-abangku. Mohon kami semua tabahkan dan kuatkan hati-hati setiap daripada kami, kerana masanya sudah tiba. Dan mereka seorang demi seorang mengerti, dan bergilir-gilir ke surau untuk bersolat dan sujud berlama-lama untuk mohon semuanya akan dipermudahkan untuk ibu kami.

………………………………………………..

Tidak lama kemudian, Nik iaitu bekas suami dan bapa kepada 5 orang kakak-kakak dan abang Man sampai juga ke wad. Dalam susah-payahnya travel jauh dari Kota Bharu alhamdulillah diizinkan juga untuk menziarahi Mummy, walaupun kini mereka sudah tidak dapat berbicara lagi. Nik nasihatkan agar kami semua membacakan doa Nabi Yunus di telinga Mummy; agar Mummy akan menurut bacaan kami dalam hatinya sekaligus akan memudahkan perjalanan Mummy nanti. In shaa Allah.

Kami juga menerima kunjungan Kak Nor sekeluarga dari Puchong. Tapi ketika itu aku sudah hilang kata-kata; hanya menjawab apabila perlu. Ketika Mok Su beransur pulang, Mok Su peluk aku kuat-kuat. Allah ya Allah… Ia telah mendatangkan perasaan sebak dan sayu bercampur-baur dengan kekuatan hati ke atas aku. Aku hanya diam membisu ketika membalas pelukan Mok Su, begitu juga ketika membalas pelukan Izan saudaraku. Ketika itu apa yang aku mahu hanyalah untuk dipinjamkan kekuatan mereka melalui pelukan-pelukan tersebut.

…..dan sememangnya aku merindui pelukan dan untuk memeluk Mummy.

………………………………………………..

Petang

Kami terima ziarah daripada keluarga Nik yang lainnya kemudian. Ketika itu jugalah aku terima panggilan daripada teman Maher iaitu Haiza yang juga anak kepada teman baik Mummy sendiri. Rupanya Haiza sudah sampai ke hospital, jadi aku menjemputnya di kawasan wad. Aku sangat-sangat menghargai sokongan dan dorongan teman-teman dan saudara-mara, walau apa jua pun bentuknya ketika itu.

Apabila aku mengiringi Haiza ketika tamat tempoh melawat, aku masih ingat lagi kata-kata sendiri. Bila sudah ada di waktu begini, apa saja di dunia sudah tidak bermakna lagi. Ini bukan namanya pengorbanan, tapi sebenar-benarnya tanggungjawab seorang anak ke atas ibubapanya….

…………………………………………………

Aku kembali ke wad setelah berpisah dengan Haiza di kawasan lif. Ketika itu juga aku perasan tetamu-tetamu lain juga sudah beredar. Kak Ani baru saja sampai, jadi aku biarkan saja dia ambil giliran menemankan Mummy bersama Kak Da di katil. Jang pula berulang-alik ke surau dan wad, dan menyediakan air Yassin untuk Mummy dengan air zam-zam untuk disapu ke ubun-ubun Mummy. Jadi tinggallah aku duduk bersama Kak Ta di sebelah dinding katil Mummy, dan kami bercerita tentang masa-masa lalu.

Cerita susah-payah Mummy mengandung dan melahirkan aku ke dunia…

Airmata aku bergenang dan sesekali menitis mendengarkan cerita daripada Kak Ta tentang Mummy yang menanggung jerih-perih demi aku sejak dari alam kandungan lagi. Aku kandungannya yang paling sukar; selalu saja masalah bleeding dan sepatutnya Mummy bedrest saja tapi Mummy tetap berani dengan cekalnya terus bekerja seperti biasa. Tidak seperti anak-anaknya yang lain; aku anak yang paling susah untuk dilahirkan Mummy. Mungkin kerana faktor umur dan sebagainya.

Dan aku jugalah satu-satunya anak yang paling memberi pening dan menyakitkan hati Mummy sepanjang membesar. Aku juga tidak faham kenapa hubungan kami berdua tidak pernah sebaik orang lain. Tegang sentiasa sepanjang masa. Hanya 2-3 tahun kebelakangan ini sahaja barulah kami berbaik-baik dan boleh berbual seumpama kawan baik.

Allah Maha Mengetahui segalanya…..

……………………………………………………..

Kami dikejutkan apabila Kak Ani tiba-tiba keluar daripada kawasan katil Mummy yang berlitup langsir, dan kalut mencari doktor dan nurses. Serta-merta aku dan Kak Ta faham keadaan sudah mulai genting. Aku bersegera merapati kawasan katil Mummy.

Dari balik langsir, aku saksikan Kak Da yang membongkok merapati kepala Mummy dan mengucapkan syahadah dengan suaranya yang tersekat-sekat. Abah berdiri di sebelah sana dan memerhatikan mesin ecg, manakala Kak La sudah tersedu-sedan. Aku sudah tidak faham lagi dengan bacaan jantung atau bp atau apa-apa pun ketika itu. Kak Ani sudah call Jang untuk segera naik ke wad, begitu juga dengan Abang Man. Tidak lama kemudian doktor datang dan kami diminta keluar seketika. Adik-beradikku sudah ada semuanya , berkumpul dan bertabah hati. Tapi ketika itu semuanya sudah mustahil untuk kami bertahan, lalu kami sudah menangis teresak-esak dan mata aku hanya memandang kosong ke arah 2 mesin yang bersambung pada Mummy.

Mummy, ibu kami yang sangat kami kasihi telah selamat menyahut seruan Tuhannya pada jam 5:38 petang itu. Meninggalkan seorang suami, 7 orang anak serta 18 orang cucu.

………………………………………………………..

Tangisan dan airmata kami adik-beradik seolah-olah berjangkit di antara satu sama lain. Abah terdiam,tanpa setitik airmata. Berulang-ulang kali dia ucapkan “Mummy pergi dengan baik, Mummy pergi dalam iman” manakala kakak-kakak aku dan abang-abang menangis teresak-esak. Sedang aku, terasa diri bagai di awangan. Aku yang paling kurang menemankan Mummy pada hari itu, dan aku sudah diberi kelebihan untuk tanda-tanda akhirnya tapi aku tetap tidak menghargai waktu-waktu akhir aku dan Mummy,untuk aku berbicara yang terakhirnya untuk Mummy, lalu masa itu telah pergi. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, tidak tercepat mahupun terlewat barang sesaat.

…….separuh nyawa aku juga telah pergi petang itu.

………………………………………………………..

Ketika mereka semua sedang sibuk mengemaskan dan menguruskan urusan pengkebumian Mummy nanti, tiba-tiba aku terasa sangat sebak dan lemah. Aku terlalu sebak sehingga tertunduk dan terbongkok, hampir menyembah lantai. Betapa kosongnya hati dan jiwa aku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu,berulangkali aku ingatkan diri sendiri Mummy dah pergi, Mummy dah pergi. Dan betapa aku sangat terkilan kerana sampai akhir hayatnya pun, aku tidak berkesempatan untuk menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci untuk Mummy dengarkan. Biarpun sepatah.

“Dia sakit walau macam mana sekalipun dia tetap bangun sembahyang untuk anak-anak dia, Mummy selalu doakan kita semua! Tapi saya anaknya ini sampai sudah tak boleh mengaji untuk Mummy,tak boleh sembahyang berdoa untuk Mummy pun!”

“orang lain semua dah ada family sendiri, orang lain boleh kuat dengan family sendiri tapi saya seorang diri saja…saya seorang diri saja…saya cuma ada Mummy tapi sekarang saya sudah seorang diri saja…”

Itu antara racauan aku ketika itu.

“siapa kata awak seorang diri saja? U have all of us! We are family! You are strong , strong enough untuk jaga Mummy all this while cause we’re not as strong as you! We have to take care of our families but you alone took care of our Mummy! You are chosen and remember you are that strong!”

3 Syawal

21 Dec

Kami bangun setelah waktu Subuh, dan bergilir- gilir menemankan Mummy sementara bersiap-siap menghadapi hari baru. Kak Da dan Kak Ta pulang ke Bangi untuk berehat seketika, menjenguk keadaan anak-anak di sana dan sebagainya. Hanya tinggal aku dan Kak La saja di wad, kerana aku telah mempersiapkan bekalan secukupnya untuk menemani Mummy jadi aku tidak mahu tinggalkan beliau bersendirian di wad lagi.

Setelah bersarapan pagi ala kadar, Kak Da dan Kak Ta telah datang semula ke wad. Ketika itu juga doktor telah datang untuk menjalankan pemeriksaan ke atas Mummy, jadi sebahagian daripada kami telah turun ke kafeteria di lantai bawah sementara hanya aku dan Kak Ta yang menanti di sudut hujung wad, tempat kami biasa berkumpul.

Tidak lama kemudian, doktor tersebut menghampiri aku dan Kak Ta dan memaklumkan keadaan mutakhir Mummy. Didapati sel-sel kanser Mummy adalah sangat agresif, dan ketika itu telah mula merebak dan menyerang organ-organ dalaman yang lain. Ada tompokan-tompokan merah yang muncul di permukaan kulit tubuh Mummy, menandakan betapa seriusnya kanser tersebut. Kami juga telah dimaklumkan bahawa sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh mereka lakukan; hanyalah suntikan morfin untuk menahan sakit Mummy. Ada juga cadangan sekiranya kami mahu membawa Mummy pulang.

Aku dan Kak Ta hanya mengangguk faham, dan bertenang dengan berita tersebut. Kami menunggu untuk berbincang dengan adik-beradik yang lain serta Abah. Tapi aku masih ingat antara kata-kata akhir yang pernah Mummy ucapkan pada aku dahulu yang beliau tidak mahu mati di hospital, kalau boleh mahu di rumah sahaja.

Namun begitu, setelah dibincangkan bersama-sama kami putuskan untuk teruskan sahaja menemankan Mummy di wad walau apa jua keadaannya. Abah juga ada maklumkan Mok Su adiknya akan bertolak dari Kuala Terengganu pada malam itu, untuk menziarahi Mummy begitu juga masih ada lagi saudara mara yang akan datang untuk menjenguk Mummy. Dalam hati aku hanya berdoa mohon tempoh pada Allah Taala agar mereka-mereka ini berkesempatan untuk bertemu Mummy; pada masa hayatnya.

Aku makin jelas dengan keadaan tersebut, dan secara perlahan-lahan mula memahami dan menerima bahawa itulah saat-saat Mummy berdepan dengan sakaratulmautnya. Tubuh lesu yang terbaring di pembaringan tanpa suara ketika itu sedang bergelut menahan kesakitannya; pada zahir ia diberi nama kanser tetapi yang benarnya ialah sakaratulmaut. Suara Mummy sudah langsung tidak kedengaran. Mummy juga sudah tidak lagi memandang kami satu-persatu anaknya. Beliau sudah berada dalam dunianya sendiri ketika itu.

Imam Al-Ghazali menggambarkan bahawa sakaratul maut adalah ungkapan tentang rasa sakit yang menyerang jiwa dan menjalar ke seluruh bahagian jiwa. Dengan begitu, tidak ada lagi satu pun bahagian jiwa yang terbebas dari rasa sakit tersebut. Rasa sakit tersebut berbeda dengan sakit lainnya. Misalnya, ketika tertusuk duri, rasa sakitnya hanya menjalar pada bahagia jiwa yang terletak di anggota badan yang tertusuk. Begitu juga dengan rasa sakit kerana terhiris pisau. Pengaruh sakitnya hanya akan menimpa bahagian tubuh yang terluka.

Akan tetapi, rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut mencengkam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota badan. Malah, bahagian badan orang yang sedang sakaratul maut akan merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicabut dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki. Jadi begitu dahsyatnya rasa sakit dan derita seseorang yang mengalami sakaratul maut.

Apabila kita tertusuk duri atau terkena pisau, kita masih dapat berteriak dan berlari atau melompat-lompat untuk mengurangk rasa sakit yang muncul. Hal ini sangat mungkin kerana masih ada tenaga pada kaki, lidah, dan hatinya. Tetapi sekarang bayangkan orang yang sedang merasakan sakaratul maut. Dapat dipastikan, ia tidak sanggup lagi menjerit dan berteriak. Sebab rasa sakit yang dialaminya telah sampai pada puncak kesakitan dari semua jenis rasa sakit yang ada. Tenaga menjadi hilang dan semua anggota tubuh mulai lemah.

Oleh kerana itu, orang yang sedang sakaratul maut tidak lagi berdaya untuk berteriak minta pertolongan. Rasa sakit yang sangat dahsyat tersebut telah melumpuhkan akal, membungkam lidah, dan melemahkan semua tenaganha. Dia ingin sekali rasanya meratap, berteriak, dan menjerit minta pertolongan, namun tidak berdaya lagi melakukannya.

Proses Kematian, The Secret of Kematian, Muhammad Fakhrurrozi

…………………………………………………..

Kami adik-beradik tetap meneruskan rutin menemankan Mummy seperti biasa di tepi katil. Bergilir-gilir membacakan Yassin, dan melafaz syahadah di tepi telinga Mummy. Sesekali aku perhatikan tindakbalas dan gerak-geri tubuh Mummy. Kadang-kadang kakinya kejang, terangkat sedikit dan kadang-kadang tangannya pula yang terangkat. Namun begitu wajah Mummy tidak pula berkerut-kerut menahan sakitnya, hanya aku dapati terdapat peluh-peluh kecil yang merenik di dahi Mummy.

Berkenaan dengan peluh peluh yang membasahi dahi seorang mukmin sewaktu ajalnya tiba, Imam Al-Qurtubi mengatakan: “Sesungguhnya seorang mukmin yang masih ada sisa-sisa pada dirinya kesalahan-kesalahan yang telah diperbuatkan, akan dimunculkan ketika ia akan mati. Hal itu akan ditampakkan dari dahinya.”

Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa maksud ayat dinampakkan dari dahinya adalah berkeringat. Keringat atau peluh tersebut disebabkan oleh rasa malu terhadap Allah SWT akibat pengakuannya atas segala kesalahan yang telah ia lakukan.

Rasa malu tersebut ada pada kedua mata. Pada ketika itulah rasa malu tersebut akan terasa. Peluh akan keluar dari mereka yang mendapatkan rahmat. Ini kerana, tidak ada seorang wali, sahabat atau orang baik yang tidak merasa malu pada Allah SWT. Dengan begitu, dia akan mendapat khabar gembira dan kemuliaan dari-Nya.

Dahi yang mengeluarkan peluh sewaktu menjelang ajal adalah tanda husnul khatimah.
Sekiranya kita pernah menjaga orang yang nazak dan hampir kepada ajal, kita pasti akan dapat melihat reaksi orang yang menghampiri ajal. Sama ada dahinya berpeluh ataupun tidak.

Tanda-tanda Husnul Khatimah (Akhir Hayat yang Baik), The Secret of Kematian

……………………………………………..

Malam itu aku dikhabarkan bahawa Mok Su telah selamat bertolak dari Kuala Terengganu bersama beberapa orang anak lelakinya, begitu juga khabar yang diterima tentang bekas suami Mummy yang turut ingin hadir menjenguk, walaupun juga sedang uzur. Aku sangat-sangat berharap dan berdoa agar mereka semua selamat dalam perjalanan jauh dan diizinkan Allah Taala untuk bertemu Mummy dalam keadaan hayatnya yang masih berbaki.

Pada malam itu juga aku saksikan bagaimana Jang duduk berdua dengan Abah, dengan penuh tulus hati memohon agar Abah ampunkan segala kesalahan Mummy terhadapnya; sekiranya terdapat kekhilafan daripada pihak Mummy selama berkongsi hidup dengan Abah. Hati aku sangat sayu apabila mendengarkan Abah berkata selama 43 tahun mereka hidup berumahtangga, mereka tidak pernah bergaduh besar, tidak pernah ada syak wasangka dan sebagainya. Abah terima Mummy seadanya yang ketika itu seorang ibu tunggal beranak 5, manakala Mummy terima Abah seadanya dengan segala kekurangannya ketika itu. Abah nyatakan tidak ada satu pun yang beliau simpan dalam hati; perasaan marah atau jauh hati terhadap Mummy. Abah izinkan pemergian Mummy ke Tanah Suci dahulu walaupun terdapat masalah kemudiannya; namun Abah redha kerana itu hanyalah ujian Allah dan Mummy sangat bergembira mengunjungi rumah Allah yang sangat dirindui.

…bila sampai masanya nanti, Mummy memang pergi dalam iman…”

Itulah antara ucapan akhir Abah pada malam tersebut. Yang menandakan tahap kesediaan Abah untuk menerima sebarang kemungkinan berikutnya. Dalam ketenangan Abah, aku tahu yang Abah sudah mula merindui Mummy, yang sudah tidak lagi bersuara memarahinya kalau Abah salah dengar atau silap faham dengan senarai dapur yang dikirim Mummy seperti selalunya. Abah sudah mula merindui Mummy, yang sentiasa sabar mendengar setiap celoteh Abah setiap kali dia pulang dari Terengganu. Abah yang sudah mulai merindui Mummy, yang akan memberi 2nd opinion dan memastikan Abah faham dengan aturan ubat-ubatannya kerana Abah ada sedikit darah tinggi dan mereka akan bergilir-gilir memeriksa tekanan darah masing-masing di rumah.

Sesungguhnya ketika itu Mummy memang sudah mula dirindui oleh kami semua….

2 Syawal- malam di hospital

10 Dec

2 Syawal. Malam. Hospital Serdang

Malam itu aku sambung kembali tugas menemankan Mummy di wad, tapi kali ini tidak bersendirian seperti minggu lalu. Kali ini bertemankan kakak-kakak manakala abang-abangku pulang berehat di rumah Kak Da di Bandar Baru Bangi lewat malamnya. Setelah Mummy sudah tidak sedar petang tadi, kami ambil keputusan untuk langsung tidak tinggalkan beliau di katilnya bersendirian. Bacaan Yassin bersilih ganti antara kami, begitu juga aku akan pastikan mp3 tetap mengulang bacaan ayat-ayat suci di telinga Mummy. Aku selitkan iPad di balik bantal Mummy mengalas tidurnya.

Anak-anak saudaraku juga tidak senang duduk, sentiasa bergerak dari rumah Che Long mereka di Bangi itu berulang-alik ke hospital. Menjenguk Mummytok kesayangan, yang sudah terdiam membisu di pembaringannya. Ketika aku tersedar dari lelapku di kerusi ruang menunggu, aku duduk berbual-bual seketika dengan Abe Nik, anak saudara sulung dan juga cucu sulung kepada Mummy. Diceritakan salah seorang kawan sekolahnya ialah seorang doktor di wad itu, jadi dia cuba-cuba tanyakan apakah situasi sebenar untuk Mummytok, dan apa pula peluangnya dengan niat untuk kami lebih bersedia. Mulanya sahabat itu keberatan, tapi setelah didesak oleh Abe Nik berkali-kali jadi doktor muda itu mengalah.

“anak cucunya semua ada di sinikah?

” ya, kami semua ada di sini. Paling-paling pun di rumah anak sulungnya di Bangi.”

“baguslah, sentiasalah ada bersama. Nenek mungkin hanya ada sehari dua saja lagi…”

Aku sudah tidak punya apa-apa reaksi lagi bila mendengarkan kenyataan itu. Ingatan hanya menerawang pada petang sebelumnya, ketika Mummy masih lagi berupaya tersedar dan seketika berbunyi suara.

……………………………………………

“Makcik, Makcik Azizah. Kita nak masukkan ubat ya?…”

Aku pandang saja nurse tersebut duduk di sebelah katil Mummy, dengan bekas ubat yang mengandungi botol-botol kecil. Mummy hanya diam dan mengangguk. Ketika itu giliran aku dan Kak La yang menemankan, jadi kami turut membantu menenangkan Mummy.

“….sakiiiiiiiittt…….”

Aku hanya memandang wajah Mummy yang berkerut menahan kesakitan, yang mengerang seperti anak kecil setiap kali apabila ubat itu disuntik ke saluran tiubnya. Kadang-kadang Mummy meronta, jadi terpaksalah aku dan Kak La menahan kaki dan tangan Mummy.

“ya tau sakit, tapi Mummy tahan sikit lagi ya? Nak cepat baik mesti kena masuk ubat, nanti kita balik?”

Aku dan Kak La tidak henti memujuk. Mata kami sudah mulai bergenang. Hati masing-masing ranap dalam kesayuan, demi menyaksikan ibu kami yang menanggung sakit. Sakit yang sebolehnya kami mahu merasa,biar kami saja yang menanggungnya.

“ada berapa botol semuanya Nurse?” semuanya 5 botol morphin yang harus diselesaikan. Setiap kali itulah Mummy memaut lengan aku, membayangkan kesakitannya. Darah-darah Mummy yang mencair keluar di setiap ruang dan liang roma, juga melalui bekas suntikan yang terdahulu. Sudah menjadi rutin baru buat kami, mengelap darah yang meleleh dan menggantikan alas katil, alas lengan biar Mummy kering dan selesa.

………………………………………..

“kita kena sabar. Sabar tengok keadaan Mummy sakit meronta begitu… Allah sedang naikkan darjat Mummy…” kata-kata Kak Ta menenangkan aku bila aku mengadu tidak sanggup tengok keadaan Mummy begitu sekali. Tapi ya, aku harus akui dan tunduk pada ketentuan Allah Taala, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Aku berdoa dengan penuh pengharapan agar Dia mengampunkan segala dosa-dosa Mummy melalui kafarah ini.

…………………………………………

Dengan info terkini yang aku dapat daripada Abe Nik, perlahan-lahan aku siapkan mental dan emosi. Untuk menerima kemungkinan itu at any random hours. Mummy sudah nazak, jadi aku perlu sentiasa bersama dengannya. Walaupun Mummy sudah tidak boleh berbual-bual lagi dengan aku, aku sangat pasti yang Mummy masih lagi mendengar suara kami dan mengenalinya. Ini aku nampak sengan jelasnya setiap kali kami bertukar giliran di katil, setiap kali kami bersuara Mummy seolah-olah akan ‘mencari-cari’ suara kami dengan gerakan kepalanya.

Aku menghampiri katil Mummy, sudah tiba giliran aku. Masih lagi uzur, jadi aku mengucap salam dan duduk di sebelah katil Mummy, sesekali aku perhatikan adakah perlu untuk diganti alas katil, masih ada lagikah darah yang mengalir.

“Mummy, kita istighfar sama-sama ya? Mummy ikut saja dalam hati. Nuri ada sini, teman Mummy…” perlahan-lahan tanganku mengusap ubun kepala Mummy dengan segala rasa kasih sayang seorang anak terhadap ibu, yang aku tahu manakan sama dengan kasih sayang Mummy terhadap aku. Tapi kasih sayang Allah Taala itu melebihi segalanya….

Aku sandarkan kepala di sebelah bahu Mummy. Walaupun ada bau darah, tapi aku tidak peduli. Tidak berapa lama kemudian aku tertidur begitu, dengan cuba menghayati dan mengenang bau tubuh Mummy…yang akan aku rindui kemudian nanti.

“Ya Allah, aku mohon dipinjamkan waktu seketika lagi untuk kenangan ini. Sekiranya kesakitan itu sebagai kafarah atas dosa-dosa ibuku, jauhkanlah daripada pengakhiran yang memedihkan…”

2 Syawal

20 Nov

Sesudah Subuh aku sudah mula bekerja sendirian di dapur, mempersiapkan bahan-bahan untuk mengukus nasi lemak sebagai hidangan pagi raya yang ke-2 hari itu. Cadangnya aku mahu cepat siap untuk mudahkan urusan yang lain pula. Lauk-pauknya aku mahu bungkus sebagai bekal apabila aku kembali bertugas menemankan Mummy di wad nanti. Jujur, sedikit pun aku tidak merasa terbeban dengan tugas itu malah aku rasa sangat bahagia walaupun aku tak pernah zahirkan dengan lafaz kata-kata. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk aku persiapkan makan kami sekeluarga dan memastikan Abah makan pagi dengan sekenyangnya. Aku tengok Abah sangat berselera dengan kuzi yang dicicah roti, walaupun lebihan semalam. Aku tahu, Abah rindu nak jamah masakan Mummy. Makan pun bertambah pinggannya.

Rancangan pada hari raya ke-2 itu adalah untuk kami bersama-sama pergi berkumpul dan beraya beramai-ramai dengan sanak saudara di Bagan Lalang, bila siap Zohor mau berangkat ke Hospital Serdang pula. Kami fikirkan itulah yang sebaiknya untuk kami berlama-lama memandangkan urusan ziarah kami selesaikan terdahulu. Kalau tak silap, Kak La akan pulang dari Janda Baik manakala Jang akan bergerak pulang ke Kota Bharu untuk beraya dengan keluarga mertuanya pula.

Aku mulai sibuk menyiapkan beg pakaian dan juga menyiapkan bekalan makanan. Kali ini aku siapkan pakaian untuk seminggu, berat rasanya kali ini untuk aku tinggalkan Mummy lagi. Aku tanyakan pada Kak Ta, jam berapa kami harus bergerak? Kak Ta jawab tunggu que daripada Kak Da yang baru saja ke hospital setelah menerima panggilan daripada doktor. Walaupun nada Kak Ta tidak berapa menunjukkan ia situasi yang serius, tapi entah mengapa aku mulai rasa tidak senang. Budak-budak sudah mula bersiap-siap, begitu juga dengan Abah.

Lebih kurang jam 12:00 tengahari, Kak Da menelefon untuk meminta kami datang ke hospital. Tanpa banyak soal, kami terus bergerak ke hospital. Sepanjang perjalanan pun kami banyak mendiamkan diri, masing-masing seolah sibuk melayan perasaan sendiri. Hati aku berdebar-debar, sambil aku berzikir dalam hati memohon dijauhkan daripada sangkaan yang buruk-buruk dan semoga Allah berikan segala kekuatan. Apa saja keadaan atau berita yang perlu kami dengar nanti, kami harus hadapinya dengan berani dan setabah hati.

Sampai saja di kawasan lobi hospital, kami cepat-cepat berjalan ke arah lif menuju ke tingkat 6 iaitu wad Mummy. Setiap detik menunggu itu dirasakan sangat lambat, aku mahu cepat bertemu Mummy. Beg baju untuk seminggu sudah siap, bekalan makanan juga sudah disiapsediakan. Aku sudah tidak kira berapa lama pun aku harus berkampung di wad untuk Mummy. Demi Mummy.

………………………………

And there she was. Terbaring lesu. Dengan mesin yang selalu sangat aku lihat pada adegan-adegan drama Melayu. Yang menunjukkan keadaan kritikal. Dengan tiub yang disalur ke hidung Mummy. Sumpah kami tinggalkan Mummy semalam dalam keadaan yang cukup sempurna, mana datangnya tiub itu?! Sumpah kami tinggalkan Mummy semalam dalam keadaan beliau yang cukup bahagia, tapi mana senyumannya sekarang? Aku tidak tahu apakah Mummy sedang tidur atau kembali tidak sedar ketika itu. Aku tinggalkan Mummy semalam dengan lambaian, dengan janji aku akan datang kembali untuk menemankan tapi sekarang aku datang tanpa sambutan pun.

……………………………….

Kak Da menghampiri kami dan memaklumkan apa yang telah diberitahu oleh doktor sebentar tadi. Ketika kami masih dalam perjalanan. Mereka dapati bacaan darah Mummy sudah turun, manakala urat-urat Mummy sangat fragile untuk disuntik lagi, sudahlah sukar untuk mengesannya. Darah Mummy juga cair, jadi sangat berisiko untuk mereka suntik dan hanya bergantung pada 1 saja pada saluran dripnya. Dalam erti kata lain, we only have hope and prayers sahaja. Doa agar Mummy mampu bertahan selama mungkin…. Pada hujung ayat itu Kak Da sudah sebak. Aku kerling pada Kak Ta, matanya juga sudah bergenang. Abah sudah berdiri di sebelah kepala Mummy, hanya merenung. Aku tertunduk, cuba untuk mencerna kembali ayat-ayat yang baru disampaikan pada kami tadi untuk aku fahamkan sebaiknya. Sememangnya aku sudah faham, terlalu faham tapi aku masih dalam penafian. Satu suara kecil yang datang dari sudut paling dalam seolah-olah terngiang pada pendengaran aku, dengan airmata yang mulai bergenang menjadi tasik di sudut mata aku memandang kembali ke arah Mummy untuk aku iyakan apa yang sedang bermain-main di benak fikiran aku ketika itu. Yang Mummy ketika itu sudah dihampiri oleh sakaratul maut….

Allahu Allah!

…………………………………

Aku hilang kata-kata ketika itu. Kaki terasa longlai, tangan aku bertongkat pada hujung katil Mummy. Aku lihat Kak Ta keluar dari kawasan tabir katil lalu menuju ke kawasan belakang berdekatan tangga kecemasan. Ketika itu aku baru perasan bateri telefon pula makin kurang jadi aku mengekor Kak Ta mencari plugpoint di kawasan tersebut. Perkara pertama ialah untuk menghantar sms pada Jang, dengan harapan dia sudah selamat sampai di Kota Bharu ketika itu. Takut juga kalau-kalau mesej sampai tapi Jang masih lagi memandu. Aku cuma khabarkan kalau dia bersedia, minta untuk hubungi aku segera. Ketika itu jugalah aku terdengar Kak Ta yang tersedu,rupanya dia sedang menangis di talian bercakap dengan Abg. Zul suaminya. Knowing Kak Ta yang berhati kering selama ini, untuk melihat dia di dalam keadaan sedemikian sudah cukup menggambarkan bagaimana pedihnya perasaan kami semua dengan keadaan terkini Mummy.

Kemudian kami kembali menemankan Mummy di tepi katil. Aku hulurkan iPad pada Kak Ta, aku katakan inilah masanya untuk kita bacakan Yassin untuk Mummy. Untuk mengakui keadaan itu bukanlah perkara yang mudah, kerana Mummy selama ini tidak pernah sakit kuat pun. Setakat demam biasa saja tapi sekarang…kami anak-anak yang perlu kuatkan hati untuk bacakan Yassin pula.

Ketika itu aku rasa tersangat ralat kerana keadaan aku yang uzur, yang menghalang aku daripada menyebut ayat-ayat suci. Tanpa disedari ketika itu jugalah aku merungut di facebook akan keadaan aku, dan mujurlah ada sahabat yang prihatin yang ingatkan aku boleh perdengarkan ayat suci di telinga Mummy melalui mp3 atau sebagainya.

Kak Ta menghampiri Mummy, dan dengan suara yang perlahan tapi cukup untuk Mummy dengar walaupun tersekat-sekat dek perasaan sedih dan sebak itu dia tetap gagahkan juga membacakan Yassin. Aku perasan ketika itu jugalah Mummy membuka mata, dan memandang pada Kak Ta. Lama.

“…kenapa baca Yassin? Mummy ok…Mummy sihat…”

“Takpelah Mummy…kita baca sama-sama biar Mummy lagi cepat sihat ya?”

Mummy angguk perlahan. Kak Ta mengumpul kekuatan kembali untuk sambung bacaan Yassin. Demi Allah ketika itu mahu saja aku meraung, aku tak sanggup melihat keadaan ini semua. Aku tidak kuat untuk menerima ini, aku tidak kuat untuk terima Mummy sudah nazak.

Aku tidak kuat untuk terima Mummy akan tinggalkan kami…..

………………………………….

Kak La akhirnya sampai dari Janda Baik. Seingat aku 2-3 hari jugalah dia tinggalkan Mummy, dan tidak sempat untuk melihat sendiri betapa Mummy sangat ok pada raya pertama semalam. Hanya tahu melalui telefon saja dengan kami semua. Dalam ramai-ramai anak, Kak La yang paling manja dan tidak segan silu mempamerkan kemanjaannya dengan Mummy, jadi sudah tentulah pada ketika itu dia sangat tidak bersedia untuk melihat keadaan Mummy begitu. Dipeluknya Mummy kuat-kuat tapi Kak Da cepat-cepat menegurnya, bimbang kalau tiba-tiba Kak La hilang kawalan lalu meratap hiba. Kami seboleh-bolehnya tidak mahu buat Mummy sedih dengan tangisan kami, walau itu adalah satu perkara yang sangat sukar untuk kami lakukan. Kalau airmata mengalir pun, cepat-cepat kami sapu dan keringkan dan selalu menahannya dengan senyuman bila di hadapan Mummy. Tapi kalau perasaan sebak dan airmata itu tidak tertahan, kami akan undur diri dan menangis di tepi sudut. Menangis semahu-mahunya…

Ketika aku sedang duduk di satu sudut tempat katil-katil lebih disimpan, Kak Ta datang setelah tamat bacaannya. Kak La pula yang bergilir ambil giliran bacakan Yassin. Pada masa itulah Kak Ta ceritakan pada aku, bila sampai ayat bacaan yang ke-58 iaitu “salamun qau lam…..” Kak Ta perasan Mummy tiba-tiba merenung padanya lama, tanpa sepatah kata pun. Kak Ta cakap maksud ayat itu (mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihi. Mendengarkan itu pun aku kembali sebak dan mengalir airmata. Tuhan sudah merindui hambaNya, Mummy juga merindui Tuhannya….

…..kami juga sudah mulai merindui Mummy…..

Aku berjaya juga bercakap dengan Jang. Rupanya dia agak lewat bertolak pulang, ketika itu baru saja sampai di Merapoh berhampiran sempadan dengan Gua Musang. Dengan hati-hati aku sampaikan berita mengenai Mummy. Aku mohon pertimbangan sewajarnya untuk dia berpatah balik, dikhuatiri sekiranya apa- apa yang berlaku ke atas Mummy kemudian tidaklah dia merasa bersalah sampai mati. Dan aku juga ingatkan, tidak perlu kalut atau tergopoh-gapah. Mohon perlindunganNya untuk kembali sampai ke sisi Mummy dengan selamat. Tidak lama kemudian aku dapat pengesahan Jang akan berpatah balik dari Merapoh serta Abang Man sudah mula mencari mana-mana penerbangan hari itu juga. Kami adik-beradik perlu berkumpul demi Mummy ketika itu.

Menjelang petang, Mummy menerima lagi ziarah daripada Kak Yah dan Pak Abu. Ketika itu Mummy masih lagi sedar, tapi sudah mula cakap merapu kadang-kala. Aku beritahu Mummy siapa yang datang, tapi aku tidak pasti adakah Mummy masih ingat ataupun tidak.

“Mummy sihat, syukur alhamdulillah…”

Aku hanya mampu tersenyum, dan mengangguk perlahan.

“…yea, Mummy sihat tapi kita semua nak Mummy lagi sihat dan kuat. Mummy nak balik kan?” Mummy angguk- angguk kepala, seperti anak kecil mendapat aiskrim.

Kemudian aku pasangkan app Yassin daripada iPad untuk diperdengarkan pada Mummy.

“….kenapa tak baca sendiri?….”

“…Nuri tak boleh baca…”

“….semua anak Mummy boleh mengaji kan? Mummy tau anak semua boleh baca…”

“…bukan, bukan macam tu. Nuri uzur, datang haid. Tak boleh mengaji….”

Ya Allah…ampunkanlah dosa-dosaku pada ibuku yang hampa kerana tidak dapat mendengar aku membacakan ayat-ayat suciMu ya Allah…ketika pada saatnya dia begitu mengharapkan setiap daripada kami anak-anaknya untuk berbakti padanya. Ampunkan dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa aku Ya Allah, Kau Maha Mengampuni…

…………………………………

Menjelang Isyak, Jang telah selamat sampai di Hospital Serdang. Dia naik ke wad bersendirian, tapi daripada jauh aku nampak airmukanya yang bimbang ketika dia sedang berjalan laju menuju ke arah katil Mummy. Ini seorang lagi anak manja Mummy, satu-satunya anak yang dikabulkan doa Mummy untuk dihantar belajar ilmu di sekolah aliran agama kerana cita-cita Mummy untuk melihat salah seorang anaknya tahu ilmu hukum hakam agama. Anak yang selalu berlemah-lembut dengan Mummy, anak yang selalu menemankan Mummy sepanjang masa setiapkali pulang ke tanah kelahiran.

“Mummy! Mummy! Jang dah sampai! Jang dah sampai! Jang minta maaf Mummy! Jang takkan tinggal Mummy dah, jang ada sini! Jang ada nih Mummy!….”

Dan Abg. Man selamat sampai di Hospital Serdang lebih kurang 12:30 malam, dengan penerbangan Air Asia. Dia bersendirian tanpa anak isteri, tapi ketika itu keutamaannya hanyalah pada Mummy, untuk bersama Mummy selama mana yang diizinkan Allah Taala. Aku cukup-cukup bersyukur kerana kami semua dapat berkumpul disamping Mummy untuk menemankannya selagi boleh. Ketika itu Mummy sudah tidak sedarkan diri, sudah dipakaikan topeng pernafasan. Beliau mungkin tidak sedar, tetapi masih lagi mampu mendengar dengan jelas suara-suara anak-anaknya. Kami bergilir-gilir untuk temankan Mummy dengan bacaan ayat-ayat suci, serta kalimah syahadah dibisikkan ke telinga Mummy.

….Mummy, Nuri temankan Mummy pulak deh? Mummy ikut Nuri dalam hati ya? Mummy ikut saja kita baca sama-sama…”

Laa ila ha illallah Muhammadun Rasulallah

Kalau dulu aku biasa dengar Mummy alunkan syahadah untuk mendodoi setiap cucunya hingga lena, aku tau Mummy juga lakukan hal yang sama ketika kami semua anaknya masih bayi.

Kali ini aku pula yang tenangkan Mummy dengan kalimah Allah….

1 Syawal

19 Nov

Pagi 1 Syawal….

Terjaga dengan perasaan yang bercampur. Waktu Subuh pada pagi Syawal yang sangat hening. Fikiran agak bingung kerana untuk pertama kalinya menyambut Syawal TIDAK di Kota Bharu. Pantas saja kenangan lalu mengusik; selalunya rutin menjelang raya ialah tolong Mummy sediakan bahan kuzi, gosok baju raya ahli keluarga berpuluh helai baju dan berkemas rumah. Riuh dan kecoh. Tapi pada pagi itu semuanya lain. Tiada lagi riuh rendah suara-suara kami mengejutkan satu sama lain, tiada lagi bau dapur yang harum kerana Mummy panaskan lauk untuk kami alas perut sebelum ke masjid, dan aku tidak terbangun dari katil aku sendiri seperti di rumah Kota Bharu. Yang paling sayu, tiada suara Mummy yang datang mengejutkan aku bangun Subuh dan bising berleter supaya aku segera mandi sunat dan bersiap ke masjid…

Aku turun ke dapur dan melakukan perkara yang sudah sebati dalam hidup setiap kali raya; mengalas perut dahulu sebelum bersiap ke masjid. Sambil mulut mengunyah roti bercicah kuzi ayam hasil tangan sendiri, hati sudah hiba mata sudah bergenang. Kasihan dapur Mummy di rumahnya, tentu sunyi tanpa kami semua tahun ini. Sunyi dan sepi sekali tentunya di sana…sambil mulut bersuap, hati melirih sayu lagi. Baru saja raya tahun lepas Mummy bersungut keletihan untuk memasak sediakan juadah raya. Mummy sudah nyatakan untuk tahun ini, dia mau rehat saja dan rasa air tangan anak-anak pula. Sesungguhnya kata-kata ibu ini sememangnya doa. Doa Mummy sememangnya dimakbulkan…tahun ini tanpa diduga keadaan seperti ini yang harus kami jalani, dan siapa sangka rupanya aku yang galas tanggungjawab menyediakan juadah wajib kegemaran Mummy dan ahli keluarga sekalian. Tapi sayang, Mummy tak berkesempatan untuk merasai masakan aku kerana keadaan dan terlantar di hospital sendirian…aku berniat sekiranya Mummy sedar dan sudah dibenarkan makan seperti biasa, aku mau masakkan lagi untuk gembirakan hati Mummy sempena Syawal tahun ini.

Ketika solat raya di Masjid Negeri, Shah Alam pun aku sedaya upaya tahan sebak. Tahun ini kami tidak lagi berkesempatan solat berjemaah bersama-sama. Kalau tidak kami semua terpaksa berkejar membontoti Mummy yang laju berjalan ke Masjid Al Naim yang berhampiran rumah kami di Kota Bharu. Duduk sebaris kami anak-beranak, dan masih segar terbayang manisnya senyuman Mummy ketika memperkenalkan kami adik beradik kepada makcik-makcik teman kuliah agamanya yang lain. Ya Allah…rindunya aku bila kami selesai berjemaah, masing-masing berdakap dengan Mummy dan di antara satu sama lain, memohon ampun dan maaf dan mengucapkan selamat atas hari kemenangan umat Islam ini. Tapi tahun ini, hanya ada Kak Ta dan anak saudaraku yang ada di sampingku. Kak Da solat di Bandar Baru Bangi, Kak La pulang beraya dengan keluarga mertua dan Kak Ani di Setiawangsa.

Kami bersiap-siap dengan semangatnya untuk melawat Mummy di hospital pula, mengejar waktu melawat pada jam 12:00 tengahari. Hati kecil aku ada terdetik, kalau-kalau aku patut bawakan saja bekal baju seandainya Mummy sudah terjaga, dan sekiranya keadaan makin stabil jadi akan dipindahkan ke wad biasa maka aku boleh temankan Mummy di wad. Entah kenapa aku tidak turutkan gerak hati itu, sebaliknya terus bergegas untuk ke hospital. Besar harapan untuk melihat Mummy terjaga supaya aku boleh memberitahu dengan bangganya bahawa aku sudah boleh masak juadah raya sekarang. Aku mahu Mummy tahu, aku boleh buat dan tidak hampakan Mummy lagi…

Kami sampai di perkarangan wad HDW lebih kurang waktu melawat, dan sebahagian besar adik-beradikku telah berada di situ. Kecuali keluarga Abang Man dan Kak La kerana beraya dengan keluarga mertua masing-masing. Aku dapat tahu Mummy dah sedar, dan menurut Kak Da Mummy ok, siap bergaduh dengan Abah pun! Syukur Alhamdulillah…berita itulah yang sangat ditunggukan dan rasa sangat bermakna pada kami semua. Cuma waktu itu kami masih lagi menunggu update daripada pihak hospital bila agaknya Mummy boleh dipindahkan ke wad biasa, supaya senang untuk kami berulang-alik menjaga Mummy.

Ketika itu, kami semua menunggu giliran untuk masuk ke wad rapi tersebut untuk melawat Mummy. Seperti biasa, aku biarkan dulu kakak-kakak dan abangku untuk mendahului aku bertemu Mummy. Dan bila sampainya pass pelawat bertukar tangan dan diserahkan pada aku, aku berjalan masuk dan cuba kawal diri untuk bertenang.

Dari jauh lagi aku nampak Mummy, yang sudah tersandar di katil dan matanya yang sudah terarah pada aku. Aku berjalan menuju ke katil Mummy dan makin menghampiri, dan aku lihat Mummy makin tersenyum bila aku makin sampai. Tiada lagi tiub di muka Mummy, dia sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan.

“Buat kuzi ya?” Mummy bertanya dalam senyuman. Aku angguk, dan tahulah aku kakak-kakak aku yang telah sampaikan pada Mummy.

“Macam tulah, kan dah boleh buat…” Mummy sambung lagi. Suara Mummy perlahan, tapi masih tetap gagahkan diri untuk bercakap juga. Aku tahu Mummy keletihan, tapi aku juga tahu Mummy kuatkan diri untuk berkata-kata juga, untuk sampaikan sendiri yang dia bangga dengan aku.

Aku dakap Mummy. Lama. Aku ucapkan selamat hari raya lalu aku kucup kedua-dua tangan Mummy, mohon diampunkan segala khilaf dan dosa aku terhadapnya. Alangkah bezanya Syawal kami sekali ini, lazimnya kami berpeluk sesama sendiri di dalam telekung dalam suasana meriah di dalam masjid tapi tahun ini hanya di dalam wad. Dan tangan Mummy dingin seperti salju. Tangan yang membesarkan aku, mendidik aku, menyuapkan makan aku, membelai aku, memeluk aku, membersihkan aku, menyapu airmata aku kini hanya longlai dipenuhi tiub berselirat.

Ketika itu aku lihat petugas-petugas wad seperti sedang sibuk di sekeliling katil Mummy. Aku dimaklumkan Mummy disahkan stabil, jadi mereka akan pindahkan ke wad biasa untuk pemantauan seterusnya. Maka aku tidak dapat berlama di situ, jadi aku keluar dulu dan maklumkan berita gembira tersebut pada mereka yang menunggu di luar. Kami sama-sama tunggu katil Mummy ditolak keluar untuk diiringi menuju ke wad 6B. Katil Mummy diiringi kami beramai-ramai dari wad HDW, menaiki lif pesakit bersama-sama kerana kami tidak mahu tinggalkan Mummy hinggalah Mummy ditempatkan di katil 19. Sekali lagi doktor maklumkan, Mummy akan diletakkan di bawah pemerhatian khusus sebelum ditempatkan ke wad kelas pertama kerana keadaan Mummy masih lagi lemah kesan daripada pembedahan tempohari.

Penyudahnya kami anak cucu beraya saja di dalam wad 6B tersebut, menemankan Mummy yang kelihatan sangat gembira dikelilingi anak cucunya. Ada-ada saja usikan pada Mummy yang berhasil membuatnya tersenyum dan ketawa. Tidak lama kemudian sampailah keluarga Kak Mah dari Bagan Lalang menziarahi Mummy yang ceria melihat mereka. Kami juga diberitahu saudara jauh dari Tapah juga sedang dalam perjalanan untuk menemui Mummy, jadi kami mahu beri ruang selesa untuk kaum kerabat datang melawat maka kami mohon izin berundur diri pada Mummy, untuk pergi beraya dengan kaum keluarga sanak saudara lain di PJ dan sekitar KL. Kami bawa Abah bersama agar beliau tidak sendirian, sekurang-kurangnya Abah boleh bertukar angin sebentar.

“Nanti siapa yang akan datang teman Mummy malam ini?”

Abah bertanya, dan kami hanya memandang satu sama lain. Aku yang terasa, kerana aku sudah terlintas untuk temankan Mummy tapi entah mengapa tidak pula aku kemaskan bekal baju untuk bersedia dengan keadaan ini. Tapi aku sedapkan hati sendiri, kalau sempat malam nanti aku akan datang untuk temankan.

“Tak apa, pergi beraya sajalah. Sampaikan salam pada mereka semua. Mummy ok. Saudara ramai yang nak datang tengok Mummy nanti jugak kan? Pergilah beraya, jangan bimbang pasal Mummy”

Berbekalkan jaminan oleh Mummy sendiri, kami beransur pergi meninggalkan hospital. Telah aku niatkan, kalau tidak sempat untuk aku datang kembali pada malamnya, semestinya aku akan berkemas apa yang perlu untuk aku sambung semula tugas bermalam dan berjaga di hospital seperti dulu, bermula keesokan harinya. Lalu kami bergilir temui Mummy untuk berpeluk tanda perpisahan sementara.

Sebelum aku melangkah pergi, aku sempat berpaling dan perhatikan Mummy. She looked fine and happy, dan saudara kami juga masih lagi bersamanya ketika itu. Aku berbalas lambaian dengan Mummy dan aku ucapkan selamat tinggal, dengan janji akan datang lagi.
.
.
.
.
.
.
.
……….. Not knowing that was our last goodbye. Verbally. That was the last time I saw her in that condition. I was no longer able to wave at her then…

Menjelang 1 Syawal

16 Nov

Kami semua berada di area wad HDW sampai tamat waktu melawat. Kebetulan ada wakil keluarga kaum kerabat Mummy dari Pasir Mas datang berziarah. Setelah itu kami bergerak dan agihkan barang-barang Mummy dari wad tingkat 6 untuk dibawa pulang.

Kami putuskan untuk berehat seketika daripada suasana hospital, dan untuk buat sedikit persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang sehari kemudian. Walaupun suasana sudah tidak akan semeriah tahun-tahun lalu, tapi kami harus realistik dan tidak pentingkan diri sendiri. Anak-anak mereka iaitu cucu-cucu Mummy harus digembirakan, setakat kudrat dan kemampuan kami pada waktu sedemikian.

Aku pulang ke Shah Alam dengan fikiran dalam. “Bagaimana harus dibuat sekiranya Mummy bertambah baik, dan sudah tidak perlu ke hospital lagi? Siapa yang akan menjaganya di rumah nanti?”

……………………..

Menjelang 1 Syawal

Aku dan Kak Ta menguruskan urusan membeli bahan-bahan mentah untuk persiapan raya. Kak Da yang akan menjenguk Mummy di hospital nanti bersama Abah. Memandangkan keadaan Mummy yang masih di unit jagaan rapi, maka rasanya kalau ditunggu sepanjang hari pun kami tetap tertakluk pada waktu lawatan yang strict. Jadi memadailah Kak Da dan Abah saja yang pergi menjenguk keadaan Mummy.

Aku putuskan untuk mencuba masak juadah wajib Mummy di pagi raya; Kuzi Ayam. Aku sebenarnya dah lama tidak memasak, apalagi untuk membuat cubaan berani sedemikian. Hanya berbekalkan pengalaman menjadi ‘assistant chef’ kepada Mummy selama bertahun-tahun ini yang memberikan aku semangat. Anak-anak buah juga excited mendengarkan perancangan itu. Walaupun kami semua bersedih tidak dapat pulang ke Kota Bharu, ditambah pula dengan keadaan “tonggak rumah” yang uzur tapi tidak ada sebabnya untuk kami tidak meraikan hari kemenangan yang akan kami sambut keesokan harinya.

Aku juga telah suarakan pada Kak Ta, niat aku untuk menjaga Mummy sepenuhnya apabila Mummy keluar dari hospital nanti. Setelah aku fikirkan semalaman, aku putuskan untuk ambil cuti panjang daripada urusan kerjaku semata-mata untuk fokus menjaga Mummy. Aku memang keberatan untuk serahkan urusan menjaga Mummy kepada orang asing, sekiranya kami harus carikan pembantu atau jururawat peribadi kemudian nanti. Aku sedia maklum keadaan Mummy yang uzur, dengan kemungkinan besar hidupnya akan bergantung pada pemakaian beg najis tapi itulah tanggungjawab kami, dan sementelah aku anak perempuannya yang masih lagi tidak ada komitmen rumahtangga jadi aku fikir seafdhalnya untuk aku sebagai anak untuk menjaga ibu yang uzur demikian. Kalau nak dikatakan aku yang terpaksa berkorban segalanya untuk Mummy, kenyataan itu tidak tepat sama sekali. Mummy yang telah banyak berkorban untuk membesarkan setiap seorang daripada kami, anak-anaknya selama ini.

Kak Ta nyatakan kelegaannya dengan cadangan aku itu. Jadi urusan untuk renovate bilik air dan persiapkan bilik bawah khusus untuk Mummy akan dilaksanakan selepas musim raya. Kami mahu sediakan suasana yang welcoming dan menggembirakan Mummy sekembalinya beliau dari hospital nanti. Semoga Allah Taala permudahkan…

Sepanjang masa aku di dapur bersendirian ketika untuk menyiapkan hidangan wajib tersebut, aku termenung panjang dan terkenang kenangan-kenangan lama menjelang Aidilfitri. All these years, hanya Mummy seorang diri yang bertekun di dapur pada malam raya. Masih segar dalam ingatan, malam raya tahun lepas Mummy memang ada bersungut dah penat untuk memasak. Sudah terlalu penat. Mummy mahu kami pula yang sediakan juadah hari raya tahun ini.
.
.
.
.
.

“…bau macam dapur rumah Mummy Tok la!”

Alhamdulillah, Kuzi Ayam sudah siap dan disempurnakan. Tak sabar rasanya tunggu pagi esoknya untuk aku khabarkan pada Mummy, I made her signature Raya dish tahun ini. All by myself. I hoped this will make her happy, and I prayed that Mummy akan tersedar dan senyum pada kami.

Pada aku, itulah makna sebenar hari kemenangan bagi kami sekeluarga…

20121116-125045.jpg

The Operation (1)

21 Oct

Jumaat, 17 Ogos

It’s the day untuk Mummy menjalani pembedahan. Aku rasa ini pertama kali Mummy jadi patient on the table, ironinya OT was her last department before dia pencen awal in 1987. Oleh kerana aku terjaga agak lewat, demi mengejar Subuh yang masih lagi berbaki waktunya aku bersegera ke surau. Ambil masa untuk bersendirian, untuk mengadu dan merayu pada Dia..sebagai seorang anak yang selama ini hanya sekadar membaca sepotong doa untuk kesejahteraan ibubapa sekadar mengambil syarat saja, tanpa pengertian dalam tentang apa yang aku selalu lafazkan sebelumnya. Tapi pada pagi Jumaat yang hening itu, di hari-hari terakhir Ramadhan aku ambil masa berteleku di sejadah menadah doa dengan penuh pengharapan, agar segalanya berlangsung dengan baik ke atas ibu kami. Supaya diberikan kami kekuatan menghadapi apa saja natijah kemudiannya.

Sekembalinya aku ke katil Mummy, ketiga kakakku sudah di samping Mummy. Mummy rupanya sudah dipersiapkan untuk ke dewan bedah. Sudah berganti baju putih dan cap. Sambil itu kami menunggu dan berharap agar Jang dapat sampai sebelum Mummy dibawa pergi.

Tidak lama kemudian Jang sampai ke wad bersama Abah, lalu aku turun ke lobi untuk bergilir pas menunggu dengan kakak iparku dan juga untuk mengambil giliran menjaga Asma’. Terbit pula rasa kasihan pada Che Ba yang kali ini terpaksa berpenat lelah bersama kami sekeluarga dalam keadaannya yang semakin sarat mengandung. Asma’ seorang anak yang lincah dan aktif serta lasak, jadi untuk mengelakkan dia kebosanan aku dukung dan bawanya ke kawasan playground. Hampir setengah jam aku biarkan Asma’ bermain, sambil aku ambil masa untuk bertenang dan bersedia untuk kuatkan mental bila sampai masanya untuk ‘berpisah sementara’ dengan Mummy apabila sudah masuk ke dewan bedah nanti. Sambil memerhatikan keletah Asma’ yang sudah berusia setahun 7 bulan, hati rasa sebak kerana memgenangkan Mummy memang sangat sayangkan cucu paling kecilnya ini. Selalunya Asma’ dijadikan modal bercerita bila dia menghubungi aku. Kasihan Asma’ yang masih tidak tahu apa-apa…

Aku naik ke tingkat 6 kembali sebaik saja Che Ba turun bergilir pass dengan aku. Kebetulan sudah hampir waktu Asma’ menyusu, dan aku juga mengagak waktu untuk Mummy dibawa ke OT juga makin hampir. Jangkaan aku tepat, bila aku sampai saja di wad Mummy sudah bertukar katil. Ketika itu kami 5 beradik bersama Abah sama-sama bergerak mengiringi Mummy menuju ke dewan bedah yang berada di tingkat 4. Yang aku ingat kami tak banyak bersuara ketika itu, masing-masing cemas dan melayan perasaan sendiri.

20121021-160029.jpg

Bila sampai di muka pintu kaca dewan bedah, kami berkumpul bersama. Serta-merta aku diselubungi perasaan sayu dan sebak, kerana aku tau kami harus kuat untuk melihat keadaan Mummy yang semestinya sudah tidak akan sama bila keluar nanti. Bila pasukan bedah benarkan kami semua masuk untuk bertemu Mummy sebentar buat kali terakhir sebelum Mummy dibius dan prosedur dimulakan, kami masuk dengan masing-masing menahan perasaan. Suasana sangat sunyi dan hening. Aku biarkan seorang demi seorang kakakku dan Jang serta Abah memeluk dan cium Mummy sambil minta ampun. Aku masih lagi mengumpul kekuatan sendiri untuk berdepan keadaan itu sebenarnya. Aku katakan pada diri sendiri untuk tidak mengalirkan airmata di hadapan Mummy, aku harus tunjuk yang aku kuat dan aku mahu dia tahu kami semua kuat dan menyokong dia untuk kembali sihat seperti dulu.

“Mummy, Nuri minta ampun minta maaf zahir batin dengan Mummy. Mummy jangan takut, anak-anak Mummy semua ada. Lepas ni Mummy cepat-cepat sihat kita boleh balik. Nuri jaga Mummy sampai sihat…”

…and she just smiled. Aku dakap Mummy untuk kesekian kalinya dan kemudian berundur, untuk mereka bawa Mummy ke kawasan larangan. Doktor konsultan bedah pun sekali lagi mengulangi 3 possibilities untuk prosedur ke atas Mummy tersebut, dan minta kami semua doakan yang terbaik untuk Mummy. Ketika itu jangkaan waktu prosedur akan ambil masa selama 3-4 jam, jadi kami ambil keputusan untuk menunggu di tempat-tempat ikut keselesaan masing-masing. Kak Ta dan Kak La berehat di surau tingkat 6, Kak Da dan Jang turun ke lobi untuk bersama Che Ba dan Asma’ manakala aku dan Abah menunggu di luar pintu masuk dewan bedah.

20121021-161445.jpg

Sepanjang menunggu itu, aku dan Abah tidak berkata sepatah pun. Masing-masing hanyut dengan perasaan masing-masing. Tapi sesekali aku bangun dan curi-curi pandang ke arah Abah. I wished that I knew how to console him in times like this, but I myself pun struggling very hard to be in the situation. I just hoped that my presence and him being surrounded with us sudah cukup untuk bagi dia kekuatan, walaupun sedikit. Suka atau tidak, kami semua sedang diberi ujian yang sangat besar dan kami harus berdepan dengan hakikat kehidupan…

Kak Da datang kembali join aku dan Abah menunggu, tapi Abah kemudian cakap nak turun ke lobi. Jang dah balik ke rumah Kak Da untuk berehat sebentar, kasihan pada anak isteri yang terpaksa diangkut bersama menunggu lama di hospital. Kak Ta dan Kak La masih lagi melepak di ruang surau tingkat 6 maka tinggal hanya aku dan Kak Da saja di luar pintu masuk dewan bedah. Sesekali kami berborak hilangkan bosan dan resah, bila tiba-tiba saja kami dikejutkan dengan suara doktor pakar yang keluar maklumkan progress pembedahan Mummy pada kami.

Kami dimaklumkan keadaan usus Mummy yang sudah teruk affected, merebak habis ke organ-organ lain. Too risky untuk dibuang, dikikis atau dipotong bypass kerana faktor usia dan determination Mummy yang sudah lemah. He didn’t want to take the risk untuk habiskan masa 7-8 jam or we might lost her on the table just like that. He reminded us again on the 3 possibilities untuk pembedahan tersebut, jadi it was the 3rd point: nothing could be done.

“just be around her, and give her everything she wants…”

………………………

Aku dan Kak Da keluar tanpa bersuara. Ketika aku terduduk di kerusi menunggu, aku tersandar ke dinding. Diam. Aku dengar Kak Da call salah seorang kakak di tingkat 6 dan maklumkan prosedur Mummy sudah tamat. Hanya bila mereka berdua sampai ke tempat kami menunggu baru kami bersuara dan maklumkan segalanya. We were prepared untuk prosedur yang panjang, tapi hampa bila ia hanya memakan masa lebih kurang sejam sahaja. Bayangkan how all hope went down for all of us. We were in total shocked kerana kami langsung tidak menyangka keadaan seburuk itu dan ia berlaku sangat pantas. Kami tunggu Mummy keluar dari dewan bedah untuk dibawa ke unit rawatan HDW(High Dependancy Ward) untuk monitoring selanjutnya.

…dan ketika itulah aku diberikan tugas untuk maklumkan berita itu pada Abah…

………………………..

I have no idea at all on Abah’s whereabout. And I was the one yang kena break the news. Fair enough. Following my very own so-called ‘a daughter’s instinct’ aku cuma turut langkah kaki menuju ke tingkat 6..dengan harapan Abah would be there waiting for us to come back.

Bila aku masuk ke wad, aku tengok tinggalan barang-barang kami pagi tadi di atas katil Mummy. Dan aku perasan tanda-tanda Abah might be somewhere around, jadi aku tanyakan makcik yang menemani anaknya di katil bertentangan tentang Abah. Rupanya Abah memang telah lama menunggu kami di tepi katil itu, cuma ketika itu dia di bilik air. Sedaya upaya aku menahan diri apabila makcik tersebut menanyakan perkembangan Mummy. Aku jawab semuanya ok saja, not until I saw Abah keluar dari bilik air selepas itu.

But I have to tell him….

Tanpa buang masa, aku ajak Abah terus ke tingkat 4 dan informed Mummy dah siap. Akan dibawa ke unit rapi. Aku harapkan Abah hanya angguk saja dan terus mengikut, tapi aku kalah pada kenyataan apabila ditanya Abah “how was thing?”

Aku jawab dengan airmata bercucuran. Dan gelengan….

Aku hampir tidak dapat kawal perasaan, tapi Abah angguk-angguk dan usap kepala aku dan peluk bahu. We both walked out dari wad tingkat 6 dan turun balik ke tingkat 4, only to know yang Mummy sudah keluar dari dewan bedah dan sudah dipindahkan ke wad HDW. Semua kakak sudah duduk di ruang menunggu kerana kami tidak dibenarkan masuk lagi sementara menunggu waktu melawat. Hanya 2 pelawat dibenarkan pada satu masa, jadi sekali lagi kami perlu bergilir untuk menemui Mummy.

Ketika menunggu bersama itulah Abah akhirnya menangis. My 2nd time witnessing him in tears, after the loss of his mother; my late grandmother years back. Juga pada kanser. Tapi ini kali pertama aku saksikan airmata Abah yang pilu not being with Mummy, and the fear of his life without her in future. All of us were crying, and it was very emotional as everybody macam started to collapse from within. Hati makin lirih makin tersiat pilu bila mendengarkan Abah cakap he’s afraid being alone knowing Mummy akan pergi. It was the time when I felt so weak on my knees and felt so helpless when seeing semua sumber kekuatan aku dalam keadaan sedemikian. Sesungguhnya berdepan dengan hakikat hidup, dengan kebenaran yang nyata sebegini teramatlah perit dan pedih sekali.

Aku beredar seketika untuk inform Jang the latest update. Katanya akan singgah sebentar sebelum solat Jumaat, kebetulan waktu itu juga waktu melawat. Jadi apabila tiba masanya kami dahulukan mereka yang terpaksa bergegas ke masjid, dan barulah kami bergilir bertemu Mummy.

……………………………

Sampai giliran aku. Pass diambil dan dikepit pada hujung selendang. Aku cuci tangan dengan sanitizer yang siap tersedia sambil melangkah perlahan menuju ke pintu unit HDW. Kumpul segala kekuatan sambil hati dan mulut seiring melafaz zikrullah. Memasuki kawasan unit tersebut, hidung terus ditusuk berbagai bau. Langkah aku makin perlahan. Mata melilau cari mana katil Mummy.

….and then I saw her bed di sudut kiri, berhampiran kaunter petugas. Perlahan-lahan kusorot ekor mata daripada kaki Mummy yang berselimut hinggalah ke atas dan memandang wajahnya. Tiub, wayar penuh berselirat mengelilingi Mummy, yang masih belum sedar dari pembedahan tadi. Wajah Mummy kelihatan mengembang, dan masa itu Mummy masih lagi bergantung pada oksigen. Aku kelu tak bersuara. Airmata mengalir lagi. Aku rapat ke katil Mummy, cuba usap tangan Mummy yang juga penuh dengan tiub.

Dingin. Sejuk sekali.

Berapa lama aku berdiri terpaku menatap Mummy ketika itu. Aku hilang kata-kata. Terasa sangat kesakitan yang ditanggung Mummy. Aku tanyakan pada nurse bagaimana keadaan Mummy; agak lega bila tahu Mummy stabil cuma tunggu masa untuk sedar saja.

Aku ambil masa. Tarik nafas. Kawal nada agak tidak terdengar akan kesayuan dan pilu aku. Aku mahu Mummy dengar suara aku dalam keadaan biasa. Suara anak yang suka mengusiknya.

“Mummy, Nuri ada nih. Mummy dengar kan? Jangan tidur lama sangat, nanti lambat baik. Kalau lambat baik, lama lagi kena duk sini. Mummy nak balik kan? Nanti Nuri akan jaga Mummy biar sihat macam biasa…”