Archive | rehab @ Setiawangsa RSS feed for this section

Ramadhan Terakhir (10)

17 Oct

Rabu, 15 Ogos

Aku ambil keputusan untuk terus bercuti pada hari itu. Biarlah aku bersama-sama Mummy atau ahli keluarga lain menjelang hari untuk Mummy pergi temujanji hospital. Ubat tahan sakit Mummy pun dah hampir habis, memang sukatan cukup-cukup sampai hari temujanji Mummy dengan surgeon.

Bila aku inform Mummy yang aku start cuti hari itu, Mummy diam saja. Tak pula dimarahnya, aku kira Mummy suka aku ada di rumah temankan beliau saja. Aku tanya sakit perutnya bagaimana? Mummy diam juga, katanya masih terasa tapi boleh ditahan. “Esok dah nak pergi hospital” itu katanya.

Dah siap ambil sarapan, Mummy berehat di bilik saja. Berulang kali aku tanyakan keadaan sakit perut Mummy, tapi jawabnya tetap sama masih ok. Jadi aku minta diri untuk ikut Kak Ani keluar carikan barang dan persiapan raya. Ketika singgah sekejap di KLCC, aku diam-diam sempat beli kad birthday untuk Kak Ani kerana malam itu Kak Ani ajak berbuka di luar celebrate birthdaynya.

Sampai di rumah, aku jenguk keadaan Mummy. Aku perasan hari itu Mummy banyak berehat di bilik saja, tapi bila aku tanyakan bibik Mummy tetap keluar makan macam biasa. Bila nampak Mummy terjaga, aku beritahu malam tu keluar berbuka puasa di luar nak sambut birthday Kak Ani. Mummy cakap tak ada masalah, dia ok saja dan suruh aku keluar raikan Kak Ani.

Aku keluar dengan keluarga Kak Ani dan berbuka di Victoria’s Station, tinggal Mummy bersama bibik di rumah. Macam biasa rutin aku bila sampai rumah, aku diminta Mummy untuk tukar balutan kaki. Cuma kali ini Mummy nampak lain; aku nampak reaksi tahan sakitnya itu. Aku tanya macam mana sakit tuh? Mummy jawab sakit saja. Minyak angin disapu berkali-kali. Aku ingatkan Mummy jangan ditahan sangat sakitnya, kalau teruk sangat kita pergi hospital saja. Tapi Mummy tetap cakap ” takpa, tunggu sajalah appoinment esok…”

Persiapan ke hospital pun aku sediakan. Kami kena bersedia dengan segala kemungkinan, andaikata Mummy akan ditahan lagi di wad seperti sebelumnya. Beg pakaian kami 2 beranak aku kemaskan. Dalam hati dan fikiran tiada lain hanya doakan agar Mummy segera sembuh.

Bila aku kembali ke bilik, aku lihat Mummy sudah terlena. Lena dalam kesakitan, barangkali. Mahu saja aku berjaga sepanjang malam, monitor keadaan Mummy tapi melihatkan Mummy diam saja nyenyak aku tak sampai hati mengganggu. Fikir aku, kalau tidak tahan atau terlalu sakit pasti Mummy akan kejutkan aku.

Sampai waktu sahur, macam biasa Mummy dan Nadiah kejutkan aku. Dan aku masih ingat, Mummy mengerang kesakitan. Kali ini aku pujuk Mummy agar bertahan, kita akan ke hospital pagi itu juga. Mummy angguk dan masih kuatkan diri untuk tunaikan solat Subuh dan kemudian bersiap untuk ke hospital. Aku siapkan semuanya dan kami berangkat ke hospital.
.
.
.
.
.

aku pergi dengan segala macam kemungkinan pada pagi hening itu, but I never knew itulah rumah terakhir untuk Mummy menumpang kasih anak-anaknya. I never knew she would never come home to any of ours after that very day…

20121017-171244.jpg

Advertisements

Ramadhan Terakhir (9)

17 Oct

Isnin, 13 Ogos

Hari Isnin itu aku pergi jugak office macam biasa. Walaupun hati tidak keruan, tapi aku tetap cuba bertahan kerana melihatkan keadaan kesihatan Mummy yang semakin ok. Aku juga ada terima sms daripada Jang yang mengingatkan aku untuk tolong belikan bekalan dressing baru untuk Mummy bila aku nak balik nanti. Fahamlah aku yang ketika itu Jang dah sampai ke rumah Kak Ani bawa Abah jumpa Mummy.

Tamat saja waktu kerja, aku terus bergegas pulang dan singgah di KL Sentral. Dari office aku travel dengan komuter, dan bertukar pada lrt untuk ke Setiawangsa. Aku singgah di Guardian dan beli beberapa jenis dressing dan kelengkapan lain untuk Mummy. Bila dah sampai rumah, rupanya Jang dah balik ke Tg. Malim dengan Abah. Abah khabarnya tak berapa sihat sepenuhnya, jadi eloklah tinggal bersama Jang kerana dia dah biasa dengan suasana tenang di sana. Abah orangnya aktif, tak boleh duduk diam saja di rumah jadi bila tinggal dengan Jang sekurang-kurangnya dia boleh keluar ke pekan dan buat perkara yang dia suka; ke kedai kopi, ke library, atau jalan-jalan meronda sekitar pekan. Agak susah untuk lakukan perkara sama kalau tinggal bersama kami di KL kerana kedudukan rumah masing-masing agak jauh dari public transport, dan mereka juga sibuk dengan kerja masing-masing untuk hantar jemput Abah ke mana-mana. Jadi penyelesaian paling mudah, tinggal sajalah dengan Jang.

Aku tanyakan khabar Mummy untuk hari itu, sambil bersiap untuk berbuka puasa. Mummy cakap semuanya ok, Abah datang tadi bersembang biasa. Mummy pun tak habis-habis memuji si bibik yang katanya pandai tukar balutan lukanya itu. Aku jawab baguslah, biar cepat sembuh sikit lukanya. Daripada bibik pula katanya Mummy refused untuk dibantu ke bilik air, dia mahu lakukannya sendiri.

Bila siap berbuka, aku akan ke bilik untuk mandi dan solat. Ketika itulah aku meluangkan masa untuk Mummy, berbual dan monitor pergerakannya dari bilik air dan untuk tunaikan solat. Kemudian temankan Mummy makan malam, dan monitor pula dari segi waktu makan ubat. Kak Ani dah pelbagaikan menu untuk Mummy, makaroni sup untuk makan malam. Tak habis-habis jugalah Mummy ingatkan aku supaya belajar masak sampai pandai macam Kak Ani. Punyalah dia berselera sampai bertambah mangkuk sup dihirupnya.

Kemudian aku biarkan Mummy ke bilik, untuk aku menonton TV di luar atau sambung bersembang dengan Kak Ani. Bila aku masuk bilik, Mummy akan terjaga dan mesti akan ingatkan aku untuk tukar balutan di kakinya. Kadang-kadang dia seolah-olah hanya menunggu aku saja untuk tukarkan balutan pada waktu malam. Sekali ketika aku balik kerja, dan sekali sebelum tidur. Yang aku mampu ingat sekarang,ketika tangan sibuk tukar kapas dan dressing masa itulah aku selalu melawak macam-macam dengan Mummy, dan kami ketawa 2 beranak. Kadang-kadang bergaduh, sebab Mummy degil tak mau ikut cara aku.

Mummy ada beritahu, bila dah pergi hospital untuk appoinment nanti dan bila dah sihat tak perlu ditahan dalam wad lagi, dia nak balik tinggal bersama kami di Shah Alam pula. Mummy sanggup nak tanggung kos renovate bilik air bilik bawah, tak mahu susahkan Kak Ta. Jadi aku ikutkan kemahuannya untuk sms Kak Ta minta dicarikan orang untuk laksanakan kerja-kerja tersebut. Begitulah sifat Mummy, dengan anak sendiri pun sebolehnya dia berkira tak mahu susahkan sesiapa. Aku pun ada terfikir, kalau begitulah keadaannya aku perlu berkorban dengan ambil cuti panjang untuk jaga dan temankan Mummy di rumah. Nak dicarikan orang atau jururawat peribadi pun, bagaimanalah pula layanan orang ke atas Mummy? Tak tergamak pula nak tinggalkan Mummy lagi setelah mengetahui keadaan Mummy yang semakin uzur begitu. Aku fikir biarlah aku yang jaga sementara Mummy semakin baik dan kuat lagi.

Selasa, 14 Ogos

Aku masih lagi pergi kerja macam biasa. Tapi pulang dari kerja hari itu, aku menyinggah sebentar di Ampang Park. Hajatnya nak carikan apa-apa untuk kami anak-beranak, sebagai persiapan ala kadar untuk hari raya. Tapi hampa, tiada langsung yang berkenan di hati. Balik saja sampai di rumah, macam biasa Mummy akan menunggu aku untuk ditukarkan balutannya.

” dah cari baju raya? Biarlah ambil saja duit Mummy…ada sepasang baju baru pun jadilah…”

Aku jawab dah cuba tengok-tengokkan, tapi tak ada yang berkenan. “Tak apalah Mummy, ada lagi baju baru pakai sekali, kira baru jugak la tuh..” Sebenarnya hati aku tawar langsung nak sambut Aidilfitri tahun ini, mana nak mengenangkan yang kami pertama kali beraya di tempat orang dan keadaan Mummy yang uzur begitu. Berpadanan sangatlah untuk kami menyambutnya ala kadar sahaja, cukup untuk meraikan kemenangan kami sebulan berpuasa Ramadhan. Mujur aku dah siap pesan pada Jang untuk belikan rempah kuzi sebagai persiapan juadah hari raya. Tahun ni siapa sangka, tiba-tiba aku yang galas tugas menjadi tukang masak hidangan rasmi pagi raya…gantikan Mummy.

Rutin sama aku lalui pada malam itu, cuma bezanya Mummy tak mahu dibantu untuk dipapah naik ke katil. Dia nak cuba sendiri, walaupun kelihatannya agak sukar. Melihatkan keadaan Mummy yang terpaksa mengengsot, tak ubah seperti orang kurang upaya sangat menyebakkan hati aku yang mengawasi dari belakang. Mata dah bergenang, tapi aku tahan daripada ia menitik. Sebaliknya aku cuba cheer up dengan bagi kata semangat dan berlawak. Mummy walaupun termengah tapi apabila berjaya duduk tersandar di katil pasti akan tersenyum…

Waktu sahur kemudiannya pun, Mummy ikut sama terjaga apabila Nadiah masuk ke bilik untuk kejutkan aku. Tapi sebaik saja aku keluar dari bilik air, dan bersedia untuk keluar ke meja makan Mummy ada mengadu pada aku. “Sakit..”

Pertama kali Mummy mengadu sakit pada aku.

Aku tanyakan mana sakitnya,bagaimana sakitnya? Mummy pegang perut, tapi jawab masih ok. Aku maklumkan pada Kak Ani, dan kami sama-sama masuk ke bilik untuk pastikan keadaan Mummy. Kak Ani ada cakap, kalau Mummy tak tahan kita pergi saja ke hospital tak perlu tunggu appoinment hari Khamis nanti. Mummy menolak lagi, katanya masih boleh ditahan. Cuma rasa sakit sikit, rasa tidak selesa.

Hati aku sudah mula tidak sedap, dan sudah berbelah bagi untuk pergi kerja. Sementelah lagi hari-hari akhir sebelum semua orang bercuti raya, jadi pergi tak pergi pun pada aku semuanya sama. Bezanya orang lain jiwa dah terbang ke kampung, pada suasana persiapan raya tapi aku? Dalam kepala hanya fikir tentang keadaan Mummy sahaja…

…dan aku sudah berkira untuk terus cuti bermula hari itu juga. Mengambil kira yang Mummy tak pernah sekali pun mengadu sakit pada aku, tapi waktu dinihari itu aku kalah.

Family first I would say, family first!

Ramadhan Terakhir (8)

28 Sep

20120928-151648.jpg

Setelah Kak Ta pergi, tidak banyak yang kami lakukan. Aku biarkan Mummy berehat di bilik, sedang aku bersembang dengan Kak Ani di meja makan. Banyak yang aku update perihal Mummy, dan kami sangat berharap sepanjang Mummy berehat di situ akan membantu bagi keselesaan dan ketenangan pada Mummy.

Bila aku kembali ke bilik, Mummy dah terjaga. Nak tunaikan solat Isyak katanya. Aku bantu Mummy bergerak dari katil ke bilik air sahaja, yang jaraknya hanya 5-6 tapak daripada katil. Yang lain semuanya Mummy nak uruskan sendiri. Aku tanya Mummy nak kerusi tak? Buat saja solat sambil duduk. Mummy tak mahu, katanya dia mampu untuk berjalan takkanlah semudah itu sahaja nak sembahyang sambil duduk. Aku jawab dah kita uzur, Tuhan bagi kemudahan untuk apa jenis keadaan pun tapi Mummy masih tetap menunaikan fardhu seperti biasa walaupun berdiri. Alhamdulillah..pergerakannya ketika solat adalah lancar. Hanya aku perlu tunggu apabila Mummy selesai berdoa dan wirid, untuk dipapah naik ke katil. Kaki Mummy seolah-olah tidak larat untuk menampung badannya apabila mahu digagahkan untuk bangun. Jadi aku perlu kuat untuk mengangkat Mummy, walaupun berat susut kerana kurang makan tapi hairannya tetap terpaksa mencuba sehabis mampu untuk mengangkat Mummy. Waktu begitulah aku terkenang kisah-kisah mereka yang punya ahli keluarga kurang kemampuan, golongan istimewa yang terpaksa dijaga sepanjang masa dan sebagainya. Bukan sikit kecekalan mereka sepanjang menjaga ahli keluarga sedemikian…

Pagi keesokannya, Mummy bangun dengan cergas. Pagi-pagi sudah bersedia di meja makan dengan meminta roti dan milo untuk alas perut, sebelum makan ubat. Jam 11:00 pagi akan meminta makan sarapan yang agak berat sedikit seperti nasi goreng atau pun mi goreng. Perangai cerewer, payah makan langsung tiada ketika itu malah Mummy aktif berjalan ke sana-sini di sekitar rumah. Beliau sendiri yang minta untuk berehat di kawasan patio, “nak tengok kucing” katanya.

20120928-151745.jpg

Sepanjang hari pertama selepas keluar dari wad itu memang nampak sangat perubahan pada Mummy. Lebih aktif, nampak cergas, selera makan pun bagus. Tak payah ditanya, Mummy sendiri akan datang mintak makanannya. Begitu juga bila sampai masa untuk makan ubat, langsung tak perlu nak bergaduh dengannya. Mummy tunggu saja aku keluarkan pil dan atur di piring. Kadang-kadang waktu makannya aku tunggu sahaja di sebelah, tanpa berkata apa-apa.

Petang itu, seperti yang dirancang kami berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa. Kecuali keluarga abang-abangku yang sudah ada komitmen lain terdahulu. Tapi dengan keriuhan sesama kami anak-anak perempuan Mummy pun sudah cukup untuk buat Mummy gembira sebenarnya.

Setelah mereka kembali ke rumah masing-masing, aku seperti biasa meneruskan rutin mengawasi pergerakan Mummy setiapkali mahu bersolat dan bila ketika dia mahu bersiap untuk tidur. Dressing pada luka di betis Mummy masih belum pulih sepenuhnya, jadi aku perlu pastikan ia sentiasa diganti baru. Ada ketikanya kami berlawak sesama sendiri sambil menyiapkan balutan dressing. Ketika itu aku sudah berkira untuk mencari bahan dressing yang baru di farmasi bila habis waktu kerja kerana aku dapati sudah hampir habis bekalan di rumah.

Hari Ahad pula keluarga abangku dari Puchong datang menziarahi Mummy. Agak lama juga mereka duduk di tepi katil dan layan Mummy berbual. Cuma mereka tidak sempat menunggu hingga waktu berbuka, tak mahu terperangkap dalam kesesakan katanya.

Bila tiba waktu makan, Mummy akan ke meja makan dan menolak untuk makan di bilik. Tak sudah-sudah puji sup buatan Kak Ani tuh sedap. Berkali-kali dia ingatkan dan nasihatkan aku belajar masak betul-betul, jadi pandai macam Kak Ani nanti. Ketika itulah aku baru teringat nak tanyakan cara Mummy buat jemput-jemput lemak manisnya. Bukan setakat resepi jemput-jemput, macam-macam lagi yang Mummy perturunkan hanya aku saja yang endah tak endah, kerana pada aku itu habit biasa bagi Mummy, suka sangat bercakap tak boleh berhenti.

Malam itu pun kami sambung berborak di bilik. Setelah aku siap tukarkan dressing pada lukanya. Banyak perkara yang kami sentuh, tapi sedikit pun Mummy tak bercerita tentang sakitnya, atau bila dia dah tiada nanti… Kami banyak berbual tentang hal-hal semasa di kalangan keluarga, khabar-khabar orang tertentu dan itu sajalah seingat aku. Mummy pun tak pernah tunjuk riak wajah menanggung sakit atau sebagainya.

Dan pada setiap waktu sahur, ketika anak saudaraku Nadiah mengetuk pintu bilik kami dan masuk untuk mengejutkan aku dengan hanya mencuit kakiku, Mummy mesti akan turut sama bangun walaupun dia tidak ikut kami bersahur sama. Mummy tetap akan kejutkan aku, macam dulu-dulu.. Macam waktu aku masih anak kecil yang tinggal di bawah naungannya di Kota Bharu. Walaupun sudah tidak lagi berbunyi tegas, suara itu jugaklah yang buat aku terjaga dengan mudahnya…

….mana nak dicari ganti suara pertama yang sebati dengan kita sejak di alam kandungan lagi?