Archive | recipes RSS feed for this section
Image

Misi Zah’s Signature Dish: Ayam Ros

21 Feb

20130221-175720.jpg

Bahan-bahan:

Ayam – terpulang berapa banyak bahagian yang mahu, berapa bilangan potongan semuanya ikut selera sendiri
Bawang putih – 2,3 ulas dihiris
Bawang besar – potong 2 atau 4, terpulang
Kulit kayu manis – 1 batang
Bunga lawang – 2 kuntum
Buah pelaga – 2 biji
Bunga cengkih – 2 kuntum
Kentang – 2,3 biji dipotong ikut saiz kesukaan
Kacang pis – 1 tin kecil (terpulang lagi)
Sos tomato – 4 sudu besar (anggaran)
Marjerin – 3 sudu besar (anggaran. Saya guna Planta)
Gula garam secukupnya
Air secukupnya

Cara masakan:

Seriously, resepi ini sangatlah mudah. Masukkan ayam dalam periuk, air dengan nisbah yang sepatutnya. Masukkan bawang putih, bawang besar,bahan-bahan rempah, sos tomato, marjerin. Panaskan atas dapur hingga mendidih. Masukkan kentang. Tutup seketika hingga kentang lembut. Now here’s the tricky part: tasting. Kalau ikut standard pencipta resepi, rasa kuah mesti masam masin (asal sedap di tekak jelah yea?) Maka sos tomato & marjerin mungkin perlu untuk ditambah sikit-sikit. Ia akan mengeluarkan aroma wangi semacam, seakan-akan indicator untuk rasa ayam ros yang perfect. Tambah gula, garam, bahan perasa (kalau guna) dan kacang pis. Gaul seketika dan siap.

Kan saya dah cakap, mudahkan?

Advertisements
Image

Apam Dewa ~ Misi Zah’s Fave ;)

16 Nov

20121116-162804.jpg

It’s been a very long time tak update resipi kan? Tapi resepi yang saya cuba kebelakangan ini agak leceh, tetau petang ini dalam malas dan mengantuk terasa nak makan sesuatu pulak untuk minum petang. Jadi teringat kat menu petang yang agak popular masa kecil dulu, Misi Zah selalu buat nih. Nama standardnya Apam Dewa, tapi ore Kelate ada panggil ‘Apong’ ada panggil ‘Ambong’. Saya cuba saja sambil belek buku resepi peninggalan tapi ada sesetengah bahan saya terpaksa rujuk google untuk pastikan bahannya.

Dan seperti biasa, hanya resepi yang mudah,simple dan dijamin kesedapannya yang akan saya kongsikan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

5 biji telur (saiz tak tau cakap,tapi saya pakai Seri Murni)
1 cawan gula pasir
1 cawan 1/2 tepung gandum (diayak)
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna makanan kesukaan
Serbuk penaik (kalau suka)

Cara membuat:

Pukul kesemua telur bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Setelah sebati,masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga betul-betul mesra.

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut jumlah warna yang diinginkan) tapi saya seorang yang oldschool jadi saya ikut cara Misi Zah saja. Saya cuma bahagikan pada 2 di mana saya warnakan 1 adunan merah jambu, dan 1 lagi dibiarkan warna asal.

Sapukan marjerin/butter pada loyang. Sambil itu bolehlah panaskan pengukus. Saya tuangkan adunan bergilir-gilir ikut warnanya. Kemudian bolehlah dikukus apam ini selama lebih kurang 45-50 minit atau sampai ia masak dan tidak melekat pada lidi.

Sekian. Selamat minum petang!

Image

Tomyam stail Misi Zah

25 Sep

20120925-133506.jpg

Aku penggemar tegar tomyam. Dulu pada aku, tomyam adalah masakan mewah sebab hampir semua lauk ada; ayam, sotong, udang, fishball, bunga kobis. Banyak pulak tu. Aah fikiran anak kecil, semuanya senang dan nampak super di matanya.

Dek kerana sukanya aku pada tomyam, maka Misi Zah gazetkan ia sebagai kegemaran aku. Bila dah hidup berjauhan, setiap kali aku balik ke tanah kelahiran memang inilah yang akan tersedia di meja makan menyambut kepulangan. Aku memang jarang makan di luar kalau balik ke Kota Bharu, jadi aku kenal kedai tomyam hanya di KL saja.

Banyak-banyak tomyam di warung atau restoran besar yang pernah aku cuba dan rasa, takda satu pun yang menyamai tomyam Misi Zah. Takdalah besar sangat bezanya, tapi bagi aku ia tetap ada signifikan tersendiri. Bukan aku seorang, cucu beliau pun boleh tau “ini tomyam Mummytok selalu buat nih”.

Jadi kalau ada yang berminat nak cuba apa kelainan itu, silakan dengan besar hati. Bahan gaya bebas, ikut sukahati cuma cara pembuatannya saja yang lain. Yang paling penting bagi aku yang kaki hirup nih; “TAKDA SAMPAH” (paham jelah tomyam kedai baaaaaanyak bawang,daun apa bagai segalanya).

Bahan-bahan:

5-6 ulas bawang merah*
2-3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai (diketuk)
1-2 kiub tomyam knorr (tengok sukatan air)
3-4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (terpulang saiz)
2 biji tomato
Kobis bunga/brokoli (dedua pun boleh)
Lobak merah
Anak/ketiak jagung (babycorn) -kalau suka
Cili padi (diketuk)
Garam
Air secukupnya
Cendawan (ikut suka apa jenis atau perlu)
Ayam,daging,sotong,udang,fishball

Cara membuatnya:

Macam biasalah, asas paling mandatori masakan Misi Zah ialah menumbuk bahan yang bertanda * tersebut. Bila dah lumat ketuk sekali serai dan masukkan dalam periuk. Bersihkan semua bahan utama dan masuk dalam periuk. Masukkan air secukupnya. Ok di sinilah yang BEZAnya kot tomyam Misi Zah dengan orang lain dan juga di kedai-kedai. Masakan ini aci main CAMPAK saja, tak perlu nak tumis dulu 🙂 tapi hasil dari bahan asas yang ditumbuk dulu itu yang bagi ‘kick’ yang agak beza berbanding dengan tomyam yang biasa dibeli.

Dah masukkan air secukupnya, masukkan perahan limau nipis, garam secukupnya dan kacau perlahan menggunakan api sederhana. Bila dah nak agak mendidih, masukkan daun limau purut serta kiub tomyam knorr (sebenarnya nak guna apa brand pun boleh sahaja).

Seterusnya masukkan segala sayur campur dan biar hingga cukup mendidih dan masak. Siap.

Image

Ayam Percik a la Misi Zah

19 Sep

20120919-163813.jpg

My very first attempt bikin ini signature dish rakyat Kelate. Selama hayat hidup tau makaaaann saja. Sekali hari ini hidangan ini telah direquest oleh Kak Ta sempena birthday anakandanya, cucu Misi Zah no. 4 iaitu Nik Jiq.

Berani mati sajalah masa nak buat nih, berbekalkan pengalaman 20 tahun lebih di dapur bertekak berperang dengan Mummy sambil-sambil kena tumbuk bawang. Huhuhu so any first timers yang interested, sila ikut sajalah resepi yang dah disimplified oleh Misi Zah ini. Jangan bimbang, takdalah susah mana pun, dan tak begitu time-consuming.

Bahan-bahan:

Ayam (ikut sukalah nak seekor ke, ikut ketul-ketul kesukaan)
5-6 ulas bawang merah*
2-3 ulas bawang putih*
1 inci 1/2 halia*
segenggam beras* (basuh dan tos)
1 keping asam keping
300ml santan (guna 1kotak setengah td,ikut balance yg ada tapi LAGI BAGUS guna santan fresh)
Garam, gula, air secukupnya
1 batang serai** (diketuk)
1 helai daun pandan***

Cara membuatnya:

Panggang/bakar ayam yang telah diperap garam terlebih dahulu atas dapur guna api yang super perlahan. Nak guna oven pun boleh, tapi setting sila buat sendiri ya. Anak Misi Zah ni oldschool macam arwah mak dia jugak 🙂 balik-balikkan ayam tersebut biar masak serata dan warna pun browning sikit. Jangan risau,ia akan sebati bergelumang dengan jus ayam sepanjang proses jadi akan caramelized sebaiknya. (wahh istilah!)

Kemudian, sila tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda * biar betul-betul lumat. Satukan dengan santan, masukkan asam keping, gula garam secukupnya dan kacau perlahan atas api sederhana. Masukkan air gradually, ikut kepekatan yang dikehendaki. Bila dah puas hati dengan rasa dan tekstur sos percik tersebut, sila siramkan ke atas ayam-ayam yang telah dipanggang awal tadi. Biar ia mesra dan meresap ke dalam isinya. Siap!

Nota Kaki: bila nak dihidangkan nanti, bolehlah ditambah lagi sos/kuah percik tersebut ya. Itu yang paling kick dan pure bagi resepi ini 🙂

** alamak, lupa. Sebab tadi gopoh gapah tak jumpa serai, sila ketuk serai sebatang pon jadi, kacau sementara kuah nak pekat ya? Sorry!

*** daun pandan pon boleh ditaruk juga, sebab rumah kitorang dulu pandan tumbuh dengan lebatnya jadi Misi Zah pun feeling2 nak bagi aroma sedap sikit 🙂 tapi kalau takda pun tak apa.

Image

Kari Ikan ~Mummy KB Style

14 Sep

20120914-154718.jpg

Mood hari ini nak makan kari ikan. Kelaziman dulu, Mummy masak jenis lauk utama ni kalau hari ni bersantan seperti kari, gulai, masak sayur putih esok akan bergilir dengan masakan berasaskan sup macam sup ayam, tomyam atau singgang. Dah namanya membesar jadi anak Misi Zah maka sedikit sebanyak gaya masak dan makan itu ada pengaruh kuat beliau.

Jarang sekali anak Misi Zah ni masak kari, selalunya harapkan air tangan Mummy saja. Tapi potong bawang, tetap tak boleh lari. Paling hazab bila part tumbuk bahan tumis. Selagi tak “le’ik” (istilah Mummy untuk lumat) kau mimpilah boleh berhenti menumbuk bawang tuh. Memang melekat tabiat nih sampai sekarang, berkat asuhan Mummy.

Diperturunkan resipinya di sini, takut nanti lupa. Tadi pun dah nyaris lupa terskip bahan dah pun! Huhuhu O_o

Bahan-bahan: (based pada masakan hari ini, nak ubah ikut suka)

2 ekor ikan bawal (sebarang ikan kesukaan pon boleh)
5-6 ulas bawang merah*
2-3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar
1 inci halia* (main agak je tadi)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil biji sawi
Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Rempah kari ikan alagappa’s
Air asam jawa secukupnya
Cili boh/ giling
Pati santan (nak pakai susu cair pun boleh)
1 biji buah tomato
2 tangkai cili merah/ hijau
Gula
Garam
Air

Nota: sila tumbuk/blend bertanda * untuk jadi bahan tumis. Bila semua dah lumat, campurkan dan gaulkan dengan serbuk rempah kari ikan, sampai jadi pes/paste.

Cara-cara:

Goreng biji sawi bersama segala rempah jintan manis, jintan putih, ketumbar, kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga sampai naik bau.

Kemudian masukkan pes kari dan bahan tumis,kacau rata. Masukkan air asam jawa dan cili boh, serta sedikit air. Kacau seketika. Baru masukkan santan. Sila adjust tahap kepekatan yang disukai.

Bila dah agak nak mendidih, masukkan gula garam dan bahan hiasan, buah tomato, bendi (kat sini takda stok arini) dan bawang besar. Bawang besar nak hiris besar boleh, nak campak dengan labu pon boleh. Siap!

Selamat mencuba 🙂

Image

Jemput-jemput lemak manis

14 Sep

20120914-145640.jpg

Kudapan ringan yang selalu Mummy sediakan. Tak kiralah untuk makan pagi atau minum petang. Rupanya benda ni agak legend jugak bagi kami anak cucu beliau. Mana pergi pun memang takkan jumpalah jemput-jemput lemak manis macam Mummy selalu buatkan untuk kami nih.

Petang semalam, bila terjaga dari tidur petang perut rasa lapar pulak. Rasa rindu pulak nak makan jemput-jemput nih. Dah bertahun. Cuba intai bahan-bahan kat dapur, alhamdulillah nak jadi rezeki semua ada. Kalau nak cuba, boleh saja. Ini pon percubaan pertama anak Misi Zah jugak ni.

Bahan-bahan:

Tepung gandum serbaguna
1 biji telur
Susu pekat manis (sukatan agak-agak)
Air secukupnya

Campurkan semua bahan untuk menjadi satu adunan jemput-jemput. Kalau tak silap sukatan untuk susu pekat manis lebih kurang suku tin jugaklah. Kemudian goreng.

Boleh pulak time makan tuh sebak..walaupun puas hati dengan rasanya, tapi langsung tak sempat nak buatkan untuk Mummy, sebagai snek untuknya.

I will always missed her through her recipes…

Al Fatihah untuk Mummy.