Archive | Abah RSS feed for this section

Jaga Abah (samb.)

15 Sep

May, Kota Bharu

Abah’s checkup di HRPZ2

Hari untuk Abah buka tiub, bebas dari beg. Kami temankan beliau ke Jabatan SOPD. Ketika Abah masuk ke bilik rawatan, aku ceritakan masalah kami dan memohon staff hospital nasihatkan Abah tinggal bersama anak. Kami kesuntukan masa kerana kami harus kembali ke Tg Malim dan KL dengan segera. Tak tergamak kami nak tinggalkan Abah sendirian begitu sahaja, walaupun sudah bebas dari tiub belum menjamin tahap kesihatan yang sepenuhnya.

Bila sampai di rumah, rundingan seterusnya bermula. Aku tak ikut campur, biarlah diorang selesaikan dengan sebaiknya. Tengahari itu juga Jang yang harus berangkat dulu, penerbangan jam 2 petang. Lebih kurang jam 12:30 pm, dia sudah bergerak dari rumah untuk menghantar kereta yang dipinjam. Sempat lagi dia inform aku Abah dah setuju ikut kami, akhirnya. Aku menumpang Jang ke bandar untuk selesaikan sedikit urusan bank. Aku fikir biarlah urusan flight booking dibuat selepas aku balik rumah nanti, nak tanya Abah dulu bila waktu sesuai untuk dia. Kami sangat lega akhirnya Abah mengalah.

Aku selesaikan urusan bank, singgah di kedai sekejap dan bergerak pulang ke rumah. Cuaca di KB memang panas terik, aku tau aku nak cepat sampai di rumah saja. Sebaik saja aku tarik pintu sliding, aku nampak Abah dah sedia duduk menunggu di ruang depan. Abah tanya aku dah booking flight belum? Aku jawab saja belum, nak discuss dulu bila masa yang Abah rasa ok. Sekali Abah cakap dia rasa tak jadi, tak nak ikut kami ke KL. Kepala aku yang berdengung dek panas terik di luar tadi memang buat aku dah tak berapa nak dengar apa lagi alasan-alasan Abah. Fikiran aku kosong.

“sukahati Abahlah..” aku balas lemah.

Abah sambung lagi hujahnya kenapa dia tak jadi mengikut kami. Macam biasalah skripnya; ” Abah ok”, “Abah boleh jaga diri sendiri, makan minum semua tak susah”, “cuaca jerebu, tak elok naik flight”

……………

Alasan yang terakhir itu yang buat aku tersentak. Menyirap. Panas di kepala dah berganti panas dari dalam hati. Kalau dah sampai guna alasan tak masuk akal, dah macam budakkan aku dah nih!

” Habis, Abah rasa cukup sihat sangatkah boleh keluar jalan jauh-jauh panas terik macam nih nak cari apa nak makan? Nak mintak tolong kat sapa lagi? Nak mintak tolong jiran? Nak mintak tolong kawan Abah? Ya, orang mungkin akan tolong. Tapi orang akan mengata jugak. Tak kata depan, belakang pun jadi!”

“Abah tak fikir ke, orang mesti akan tanya, akan mengata mana anak- anak Abah? Dah tahu bapak sakit, kenapa biar duk sorang jugak? Kenapa tak bawak duk skali? Senang-senang saja nak lepas tangan sikit-sikit mintak tolong jiran, mintak tolong kawan Abah tolong beli makan Abah, beli suratkhabar? Abah tak fikir ke orang akan mengata akan fikir takkan anak dua orang ni tak boleh langsung jaga bapak seorang?!!!”

” All you cared about is only about you! Yes, you feel ok you can take care of yourself, you feel like you can take care of yourself but have you thought how your children would feel?!! We are worriedsick about you and do you think both me and Jang are glad seeing you like this?!!!”

Pertama kali aku naik suara pada Abah. Pertama kali. Selalunya aku bertekak dengan Mummy. Abah terdiam bisu di kerusinya. Sebelum aku makin melampau, aku meluru naik ke atas. Mengurung diri dalam bilik Mummy. Kesal, memang kesal. Tapi terlajak perahu boleh diundur.. Aku marah diri sendiri kenapa aku sampai hilang kawalan marahkan Abah yang keuzuran, yang sudah hilang kudrat. Sudah lupakah aku siapa Abah dalam hidup aku?

Tapi kerana ego, kerana marah aku kurung diri sepanjang malam. Makan malam semua aku tak hiraukan. Dah pandai sangat boleh urus makan minum sendiri, buatlah.. Malam tu juga aku terfikir nak ambil flight paling awal pagi esok, aku dah malas dan geram nak berurusan dengan orang degil tak bertempat. Aku mengadu pada Jang macam-macam, dia pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan Abah. Plan akhir: dia akan balik lagi ke KB untuk jenguk Abah nanti.

Malam itu, aku langsung tak endahkan apa jadi dengan Abah di bawah. Tunjuk protes!

Nota Kaki: Abah akhirnya mengikut, terbang bersama aku sehari kemudian. Dia cerita pada Mummy di telefon yang aku sangat marah dengannya. Abah beritahu Mummy, betapa dia rasa sesal dan bodoh sendiri kerana tak hargai pengorbanan anak-anak yang balik semata-mata nak menjaganya. Abah tak inform aku directly, tapi dia inform Mummy dia jadi nak ikut sekali.

Jaga Abah

14 Sep

Hari-hari seterusnya aku lalui dengan Abah 2 beranak saja di rumah KB. Walaupun Abah cakap dia ok, masih mampu uruskan diri tapi aku tahu..sebolehnya Abah juga tak mau susahkan anak. Aku perhatikan keadaan Abah yang begitu agak membataskan pergerakan, Abah sudah tidak secergas dulu. Dia akan ambil masa untuk siapkan sesuatu. Paling menyentuh hati kalau Abah keluar dari bilik air dan ternampak aku seakan menunggu untuk gunakan bilik air dia akan cepat minta maaf pada aku. Maaf sebab buat aku tunggu lama.

Untuk makan pagi, biasanya Abah buat sendiri. Takpelah, aku biarkan saja. Makan pun simple, hanya roti bakar dan milo. Kadang-kadang dia buat quaker oat. Makan tengahari aku akan sediakan. Hari-hari aku ke Kedai Besar Siti Khadijah yang hanya makan masa 15 minit berjalan kaki dari rumah kami. Tiapkali berjalan aku akan teringat beginilah rutin Abah ke pasar setiap hari, carikan bekalan dapur ikut senarai yang diberikan Mummy. Kerja yang hanya setengah jam selalunya akan terbabas jadi sejam dua, sebab Abah ni ada jugak perangai culasnya singgah kedai kopi, baca suratkhabar dan bersembang sebelum balik ke rumah dari pasar. Entah-entah sebelum ke pasar lagi dia dah menyinggah kot? Walhal bukan dia tak tau, asal balik je mesti kena marah oleh Mummy sebab selalu lambat. Tak pun sebab salah beli barang. Dah la lambat, salah beli pulak. Lagilah menyirap mak aji sorang tuh. Sebab tulah keadaan dapur memang takkan pernah sunyi dengan gelagat mereka. Seorang bekeng, seorang selamba. Mengenangkan itu semua memang buat aku senyum sendiri bila masak di dapur Mummy kemudiannya.

Satu hari, Abah hanya mampu terlantar saja. Tidur kepenatan. Sebab sehari sebelumnya dia degil nak jugak repair pagar belakang yang macam senget sikit sebab dilanda hujan ribut. Aku dah larang, suruh Abah pedulikan saja tapi Abah tetap nak tunjuk hero jugak. Hasilnya tulah, terlantar saja di sofa. Sepanjang hari. Aku siapkan makan pun, Abah cakap kemudian saja. Ada jugak rasa nak membebel, tapi Abah sambung cakapnya “Abah tahu, Abah salah. Abah patut rest saja, nih dah penat. Abah nak tidur saja hari ni” dengar suara sedih minta belas begitu, memang aku tak jadi nak sound. Aku biarkan saja Abah berehat sepanjang hari.

Oleh kerana aku masak lauk lebih dengan niat untuk diberikan pada jiran yang juga bekas English Teacher aku zaman sekolah rendah dulu, Teacher Suhaida jadi aku singgah ke rumahnya. Teacher jemput aku minum petang sekali, dan duduk bersembang sebentar. Dah 4-5 tahun kami berjiran, Mummy pun dikira sebagai rapat kepada teacher. Banyak yang kami bualkan tapi yang buat aku terasa bila Teacher menyampaikan kebimbangannya dengan kesihatan kedua-dua ibubapa aku. Dia sangat terkejut tengok keuzuran Mummy beberapa hari lepas, katanya tubuh Mummy sangat kurus berbanding sebulan lalu. Ketika itu katanya, Mummy masih cergas bergerak sana-sini dan ada datang bersembang di rumahnya.

Diceritakan pada aku, rupanya setiap kali salah seorang daripada kami akan balik ke KB, Mummy akan maklumkan pada jiran-jiran rapatnya. Seminggu awal Mummy akan sibuk bercerita tentang anak-anak yang bakal pulang menjenguknya. Sedangkan yang hanya aku tahu, kalau setiap kali aku maklumkan bila tarikhnya aku akan pulang, Mummy buat- buat tak kisah saja. Kadang-kadang dia akan tanyakan tarikh berulang kali, aku tahu dia mesti akan tanda pada kalendar di dinding berdekatan dengan telefon. Tapi sungguh aku tak menyangka Mummy jadi seronok bercerita perihal anak-anak nak balik, hal masakan kesukaan anak-anak dan sebagainya.

Aku masih ingat lagi pesanan Teacher bila aku minta izin untuk pulang, sudah sampai masanya untuk kami semua ambil tanggungjawab jaga kedua ibubapa. Ajak mereka pindah ke sana, tinggal bersama kami semua. Aku mengiyakan kata-katanya, dan dalam hati memang sangat berharap hajat ini akan kesampaian. Bila aku sampai di rumah pun,aku lihat Abah masih lagi tidur. Makin lama aku perhatikan, memang terbit perasaan sayu dalam hati. Abah pun makin susut berat badan. Dulu semua orang tau, Abah seorang yang tegap dan tinggi tapi bila tengok keadaannya sekarang boleh buat aku sebak. Abah bukan jenis cepat mengaku sakit, dia selalu cakap dia ok saja. Tiap kali aku terdengar dia call mana-mana kawannya, dia akan cerita “my daughter is here looking after me”.

Bila terkenang waktu kecil dulu, Abah selalu takda kerana tugasnya di negeri lain. Kerana aku sangat kecil, Abah ada atau tidak tak pernah jadi masalah pada aku. Yang aku ingat, tiap kali Abah balik mesti ada baju baru untuk aku dan Jang. Atau teddy bear. Ada anak patung besar. Tiap-tiap petang Abah ajak kami 2 beradik minum milk shake di Missisippi atau aiskrim di Sun Too. Doghnut treats dari kedai roti stesen bas. Kemudian Abah pergi. Lama. Dengan Abah pun aku sebenarnya tak banyak bercakap, but somehow we enjoyed each other’s company. Yang aku faham mak bapak mana pun akan bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka di sisi.

The next day, Jang balik untuk sama-sama tengokkan Abah. Sambil itu kami berpakat untuk ajak Abah secara mandatori ke Tanjung Malim, biar dia berehat saja di sana sebaik sahaja bebas daripada memakai tiub dan mengusung beg kecil itu ke mana-mana. Satu lagi cabaran untuk kami kerana Abah memang akan buat payah kalau tahu dia perlu naik flight kali ini. Aku serahkan pada kebijaksanaan abang aku itu untuk berdiplomasi dengan Abah tentang hal ini.

…dan seperti dijangka, cubaan pertama untuk berunding gagal.

Bersambung…